Pengumuman Daripada: Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi
Subjek: Penyelenggaraan Pelayan Di Pusat Data JTMK
Dimaklumkan bahawa capaian ke sistem aplikasi UMS ditutup sementara bagi memberi ruang kepada kerja-kerja penyelenggaraan pelayan di Pusat Data JTMK. Penyelenggaraan dijalankan mengikut ketetapan berikut:
Tarikh: 15 Mei 2020 (Jumaat)
Masa: 1.00 petang – 5.00 petang
Lokasi: Pusat Data, JTMK
Segala kesulitan amat kami kesali.
Peringatan daripada JTMK:
- Atas isu keselamatan, sila abaikan emel yang meminta Password Webmail UMS anda.
- Sila berhubung dengan Pihak JTMK jika tidak pasti kesahihan email berkenaan.