Pengumuman Daripada: Bahagian Sumber Manusia
Subjek: Permohonan Menghadiri Program Transformasi Minda (PTM) Siri 2/2020 Universiti Malaysia Sabah
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
Sukacita dimaklumkan, pihak YBrs. Prof./Dr./tuan/puan adalah dijemput untuk memohon menyertai program tersebut yang akan diadakan pada ketetapan berikut:
Cadangan Tarikh : 3-8 Ogos 2020 (Isnin-Sabtu)
Masa : 8.30 pagi - 4.30 petang
Tempat : Akan dimaklumkan kemudian
Untuk makluman, Program Transformasi Minda (PTM) adalah satu daripada syarat WAJIB pengesahan dalam perkhidmatan bagi menggantikan Kursus Induksi. Kakitangan yang disyaratkan mengikuti PTM adalah:
(a) kakitangan lantikan pertama pada atau selepas 1 Januari 2013 yang berkhidmat secara tetap dalam Perkhidmatan Awam; dan
(b) kakitangan dalam tempoh percubaan dan belum menghadiri Kursus Induksi - Modul Umum
Bagi kakitangan sedang berkhidmat yang kemudiannya dilantik ke skim perkhidmatan atau perkhidmatan lain boleh memohon pengecualian daripada menghadiri PTM dengan syarat (salinan sijil wajib diberikan kepada pihak urusetia):
(a) Telah Hadir dengan jaya PTM ; atau
(b) Telah Hadir dengan jaya Kursus Induksi - Modul Umum ; atau
(c) Lulus Peperiksaan Am Kerajaan di skim perkhidmatan terdahulu
Sehubungan itu, pihak YBrs. Prof./Dr./tuan/puan dimohon untuk membuat permohonan mengikuti Program Transformasi Minda (PTM) siri 2/2020 melalui pautan Google form iaitu https://forms.gle/8NZZQETkN8vDHsqcA sebelum atau pada 27 Julai 2020 (Isnin) selewat-lewatnya pada jam 12.00 tengahari dan keputusan kelayakan mengikuti Program Transformasi Minda (PTM) siri 2/2020 akan dimaklumkan oleh pihak urusetia program.Sebarang pertanyaan berkenaan perkara ini, pihak YBrs. Dr./tuan/puan boleh menghubungi Encik Mohd. Nizam Bin Abd Muttalib di sambungan 103337/013-8554373.
Perhatian dan kerjasama pihak YBrs. Prof./Dr./tuan/puan berhubung perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.