PENGUMUMAN DARIPADA
: PUSAT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN
SUBJEK
: DASAR KKP UMS TERKINI
 
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
 
Adalah dimaklumkan bahawa Dasar KKP UMS telah dikemaskini pada 25 Mac 2015 dan telah ditandatangani oleh Naib Canselor. Oleh yang demikian, tuan/puan adalah dimohon untuk mempamerkan Dasar KKP terkini dan menurunkan Dasar KKP yang lama.
 
Bersama ini lampirkan Dasar KKP terkini untuk tindakan  tuan/puan selanjutnya.
 
Sekian.

PENGUMUMAN DARIPADA
: PENDAFTAR
SUBJEK
1. BIL. 1/2016: GARIS PANDUAN PERKHIDMATAN DAN KEMUDAHAN KLINIK PANEL KEPADA PEKERJA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (PINDAAN 2016)
2. BIL. 2/2016: PERATURAN KEMUDAHAN KAD NAMA (BUSINESS CARD) KAKITANGAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (PINDAAN 2016)
3. BIL. 3/2016: PENGUATKUASAAN KADAR DENDA KETIDAK HADIRAN KURSUS/LATIHAN TANPA ALASAN MUNASABAH KEPADA KAKITANGAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH DAN PENAMBAHBAIKAN DASAR LATIHAN
 
SEMUA KETUA JABATAN
(Senarai edaran seperti di lampirkan)
 
Y.Brs. Prof./Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan;
 
PEKELILING PENDAFTAR:
  1. BIL. 1/2016: GARIS PANDUAN PERKHIDMATAN DAN KEMUDAHAN KLINIK PANEL KEPADA PEKERJA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (PINDAAN 2016).
  2. BIL. 2/2016: PERATURAN KEMUDAHAN KAD NAMA (BUSINESS CARD) KAKITANGAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (PINDAAN 2016).
  3. BIL. 3/2016: PENGUATKUASAAN KADAR DENDA KETIDAK HADIRAN KURSUS/LATIHAN TANPA ALASAN MUNASABAH KEPADA KAKITANGAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH DAN PENAMBAHBAIKAN DASAR LATIHAN.
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
2.      Bersama ini disertakan Pekeliling Pendaftar Bilangan 1 dan 3 Tahun 2016 yang jelas maksudnya mengenai perkara tersebut di atas untuk makluman dan tindakan lanjut pihak Y.Brs. Prof./Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan.
 
3.      Mohon perkara ini dimaklumkan kepada semua kakitangan di J/F/P/I/U/B masing-masing. Pekeliling tersebut boleh dicapai melalui laman web Jabatan Pendaftar (http://www.ums.edu.my/pendaftar/).
 
Segala perhatian dan kerjasama dari pihak Y.Brs. Prof./Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan, dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian.
Lampiran:
 

PENGUMUMAN DARIPADA: KELAB KERJA SOSIAL
SUBJEK : HARI KERJA SOSIAL SEDUNIA

 

 ⏰⏰HARI KERJA SOSIAL SEDUNIA KEMBALI LAGI⏰⏰

Kini bertemakan: "Promoting The Worth and Dignity of People Leave No One Behind"

Dijemput hadir kepada rakan-rakan siswa dan siswi UMS sekalian untuk hadir pada hari  kerja sosial sedunia yang akan berlansung pada:
Tarikh: 16 - 17 Mac 2016
Tempat:  Foyer Blok Psikologi, FPP
Masa: 8AM - 4PM Terdapat banyak aktiviti menarik yang akan dijalankan pada HKKS 2016 antaranya: 
 
  • Derma Darah : Diadakan sepanjang program HKSS
  • Car Boot Sale
  • Jualan Bundle Sharing Hope.
  • Pameran Pelbagai NGO
  • Reflexology
  • Pusat Orang Buta
  • Perkongsian Ilmu
  • Talk with Dr. Adi
  • Aktiviti Bersama Anak Yatim
  • MY SDP akan diberikan. Makanan pun disediakan (Khas untuk 100 orang pelajar terawal)
 
Untuk sebarang info dan pertanyaan, sila berhubung dengan saudara Junior di talian 014-6234095

PENGUMUMAN DARIPADA
: PUSAT KESIHATAN DAN KESELAMATAN PEKERJAAN
SUBJEK
: SEMINAR ON OCCUPATIONAL SAFETY & HEALTH MANAGEMENT SYSTEM (OSHMS) MS 1722:2011 AND OHSAS 18001:2007 - IMPLEMENTATION AND EXPERIENCE
 
Tarikh: 19 April 2016 (Selasa)
 
Tempat: Galeri UMS, Aras 3, Bangunan Canselori, Universiti Malaysia Sabah
 
Yuran Penyertaan: RM 150/org.
Diskaun 20% bagi penyertaan melebihi 5 orang dari organisasi/jabatan yang sama.
 
Tarikh Tutup Penyertaan: 15 April 2016 (Jumaat)
 
Penyertaan tuan/puan amat dialu-alukan. Daftarlah sekarang!
 
Muat Turun : Borang