Pengumuman Daripada
: Pusat Kajian Bencana Alam (NDRC)
Subjek
: Hebahan Pertama Seminar Bencana 2017
 
Tarikh
: 22-24 Oktober 2017
Tempat
: Hotel Promenade, Kota Kinabalu, Sabah

Pengumuman Dariapda
: Pusat Instrumentasi dan Perkhidmatan Sains
Subjek
: Makluman Perpindahan Pejabat Pusat Instrumentasi dan Perkhidmatan Sains ke Bangunan Makmal Bersepadu
 
YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Prof.,
 
Sukacita dimaklumkan bahawa, Pusat Instrumentasi dan Perkhidmatan Sains (PIPS) akan berpindah dan beroperasi di pejabat baharu di Bangunan Makmal Bersepadu berkuatkuasa pada 8 Jun 2017 (Khamis). Alamat pejabat baharu adalah seperti berikut:-
Pusat Instrumentasi dan Perkhidmatan Sains
Universiti Malaysia Sabah
Jalan UMS
88400 Kota Kinabalu
 
Tel: 088-320000 (samb. 613845)
Faks: Akan dimaklumkan kemudian.
 
Walau bagaimanapun, beberapa peralatan makmal masih lagi beroperasi di dalam Makmal Instrumentasi Bangunan FSSA sehingga ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak.
 
Sekian, harap maklum.

Pengumuman Daripada
: Jabatan Bendahari
Subjek
: Pembukaan Kaunter Semakan Laporan Kredit Melalui Sistem CCRIS
 
Kaunter Semakan Laporan Kredit Melalui Sistem CCRIS
Jabatan Bendahari UMS dengan kerjasama Bank Negara Malaysia (BNM) akan menyediakan Kaunter Semakan Laporan Kredit melalui Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) secara percuma kepada semua staf Universiti Malaysia Sabah seperti ketetapan berikut:

Tarikh             :           12 Jun 2017 (Isnin)

Masa              :           2.30 petang sehingga 4.30 petang

Tempat           :           Foyer Aras 3, Blok Utara, Bangunan Canselori UMS

Semua staf adalah dijemput hadir dan jangan lupa membawa bersama MyKad anda semasa menyemak laporan kredit.
 
Apakah Itu Laporan Kredit?
Laporan Kredit mengandungi maklumat kredit peminjam seperti yang berikut:
1) Kredit Belum Berbayar
  • Semua kemudahan kredit yang masih belum berbayar, yang diperoleh peminjam, sama ada di bawah:
    • nama sendiri;
    • akaun bersama dengan peminjam lain;
    • nama keempunyaan tunggal atau perkongsian yang peminjamnya merupakan pemilik perkongsian atau perniagaan tersebut;
    • nama badan profesional yang peminjamnya merupakan anggota badan profesional tersebut; atau
    • nama syarikat.
 
2) Akaun Di Bawah Pemerhatian Khas
  • Semua kemudahan kredit belum berbayar yang di bawah pengawasan rapi institusi kewangan peserta.

 

3) Permohonan Kredit
  • Semua permohonan yang telah diluluskan kepada peminjam dalam tempoh 12 bulan sebelumnya dan permohonan peminjam yang masih dalam proses untuk diluluskan.

 

Siapa yang Perlu Menyemak Laporan Kredit?
  • Mana-mana individu, untuk laporan kreditnya sendiri; dan
  • Mana-mana individu untuk mendapatkan laporan kredit syarikat milik sendiri iaitu keempunyaan tunggal, perkongsian atau badan professional.