Pengumuman Daripada: Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa (JAKMAS), Kolej Kediaman Luar (Kingfisher & USIA-1Borneo)

 

KKL OPEN DAY’25

Tarikh : 12 Jun hingga 15 Jun 2025 (Khamis Hingga Ahad)
Tempat : Padang kawad & Pusat Islam, Universiti Malaysia Sabah
 
 
Program ini dijalankan bertujuan untuk memperkenalkan Kolej Kediaman Luar dengan lebih dekat terutama kepada pelajar Universiti Malaysia Sabah. Program ini juga merupakan salah satu cara untuk mencapai objektif utama ke arah membentuk slogan “Leading Excellence”
 
Program ini akan menampilkan pelbagai slot-slot kecil yang bertujuan untuk memperkenalkan Kolej Kediaman Luar. Pelbagai aktiviti yang akan diadakan antaranya: 
 
  • Pertandingan KKL Got Your Talent 
  • STEM BRIDGE BUILDING COMPETITION 
  • booth jualan
  • booth derma darah
  • pameran
  • kraftangan
  • slot ceramah keagamaan  
  • Persembahan Demo Taekwondo
 

 

Pengumuman Daripada: Pusat Islam UMS

 

JEMPUTAN MENGHADIRI PELAKSANAAN SOLAT SUNAT AIDILADHA & SAMBUTAN IBADAH KORBAN PERINGKAT UMS 1446H / 2025M
 
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
 
Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan sukacitanya menjemput seluruh warga UMS untuk bersama-sama memeriahkan Solat Sunat Hari Raya Aidiladha dan Pelaksanaan Ibadah Korban tahun ini, pada ketetapan seperti maklumat berikut:
 
🕌 SOLAT SUNAT HARI RAYA AIDILADHA  
📅 Tarikh: 7 Jun 2025 (Sabtu)  
🕘 Masa: 7.30 pagi  
📍 Tempat: Masjid UMS
 
🐄 SAMBUTAN IBADAH KORBAN  
📅 Tarikh: 9 Jun 2025 (Isnin)  
🕗 Masa: 7.00 pagi  
📍 Tempat: Perkarangan Masjid UMS
 
Marilah kita bersama-sama menghidupkan syiar Islam melalui ibadah dan pengorbanan, serta mengeratkan ukhuwah dalam suasana penuh keberkatan.
 
“Korban sebagai lambang ketaatan, Aidiladha menyatukan umat.”

 

Pengumuman Daripada: Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan

 

Nutrition Webinar Series 2025

 

🎉 Nutrition Webinar Series 🎉

Jom sertai webinar pemakanan sempena Nutrition Month Malaysia 2025

 

📅 5 - 12 Jun 2025

📌 Terbuka kepada warga UMS dan peserta luar

 

Antara topik yang menarik:

✅ Safe & Easy Ways to Eat More Vegetable in Student Accomodations

Zoom link: https://zoom.us/j/98652231788

 

✅ Memperkasakan Generasi Peneraju Pemakanan Negara

Zoom link: https://zoom.us/j/92282722473

 

✅ Nutritional Research Design to Navigate Controversies on Palm Oil

Zoom link: https://zoom.us/j/97866547768

 

✅ Fuel Your Body, Energize Your Life

Zoom link: https://zoom.us/j/96614897839

 

✅ Integrating Omics into the Future of Nutrition Research

Zoom link: https://zoom.us/j/94760726269

 

📲 Sertai kami & sebarkan info ini kepada rakan-rakan anda!

 

Anjuran: Nutrition in Community Engagement (NICE) Living Laboratory dan Nutrition Club UMS

 

#UMStheBrainofBorneo #NMMUMS2025 #NutritionWebinar

Halaman 1 dari 1879