Pengumuman Daripada: Pusat Jaminan Kualiti

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Jaminan Kualiti (CQA) dengan kerjasama Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI) akan menganjurkan Seminar Akreditasi Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) pada 10 September 2024 (Selasa), bertempat di UMS Kampus Antarabangsa Labuan.
 
Seminar ini diadakan bertujuan untuk memberi pengenalan dan pendedahan berkenaan proses permohonan pengiktirafan Akreditasi daripada Badan Profesional MBOT.
 

 

Pengumuman Daripada: Jabatan Bendahari

 

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.
 
Jabatan Bendahari ingin menjemput semua warga UMS dan orang awam untuk bersama-bersama menghadiri dan memeriahkan Program Singgah Labur anjuran Amanah Saham Nasional Berhad, Cawangan Kota Kinabalu yang akan berlangsung pada 9 hingga 13 September 2024. Maklumat lanjut berkaitan program ini boleh dirujuk pada poster di atas. 
 
Sekian & terima kasih. 

 

Pengumuman Daripada: Perpustakaan UMS

 

Perpustakaan UMS menjalankan Kempen Derma Buku 2024 sama ada sumbangan bahan bacaan terpakai atau baharu. Buku Ilmiah, motivasi, agama atau novel.
 
Sumbangan boleh disalurkan ke peti "Book Donation" Perpustakaan UMS atau ke Unit Hadiah dan Pertukaran Perpustakaan UMS.
 
Sebarang pertanyaan bolehlah merujuk kepada nombor yang tertera.
    

 

Pengumuman Daripada: Perpustakaan UMS

 

 

Berdasarkan Pekeliling Perpustakaan UMS Bil. 6/2022: Garis Panduan Penyenaraian Bahan Rujukan, semua fakulti, akademi, pusat, dan institut dikehendaki mengemas kini senarai bahan rujukan yang digunakan dalam kursus masing-masing mengikut panduan berikut:
  1. Kemas kini Bahan Rujukan:
    • Pastikan semua bahan rujukan yang disenaraikan dalam Table 4 setiap kursus adalah sekurang-kurang 5 tahun terkini.
  2. Tarikh Penyerahan:
    • Sila kemas kini senarai bahan rujukan terkini pada setiap semester.
Usaha ini selaras dengan garis panduan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan penting untuk pengekalan akreditasi program-program yang ditawarkan di UMS.
Sebarang pertanyaan bolehlah merujuk kepada alamat perhubungan yang tertera.
 

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan EcoCampus

 

 

Pusat Pengurusan EcoCampus dengan ini menganjurkan:
 
’UMS Workshop on UI GreenMetric World University Rankings 2024’
 
 Tema : Instituting UI GreenMetric: The Way Forward. 
 
Intipati Bengkel :
•Setting and Infrastructure
•Energy and Climate Change
•Waste
•Water
•Transportation
•Education and Research
 
🗓️Tarikh: 25 September 2024
⏰Masa: 8.30am - 5.00pm
📍Tempat: Hyatt Centric, Kota Kinabalu
 
📧Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkenaan UI GreenMetric, sila hubungi Pusat Pengurusan EcoCampus di alamat emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..
 
Terima kasih.