Pengumuman Daripada: Sektor Pengurusan Harta & Risiko, Jabatan Bendahari

 

Borang Pinjaman Aset Alih UMS (.pdf)

 

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sukacita dimaklumkan bahawa Sektor Pengurusan Harta & Risiko, Jabatan Bendahari telah menyediakan hebahan infografik sebagai hebahan mengenai tatacara peminjaman aset alih UMS mengikut Garis Panduan yang ditetapkan.

Berikut merupakan Infografik Tatacara Peminjaman Aset Alih UMS sebagai rujukan dan bersama ini disertakan borang Pinjaman Aset Alih UMS.

Borang ini perlu dilengkapkan dan diperakukan oleh Ketua Jabatan dan disimpan oleh Pegawai Aset JFPIB masing-masing sebagai rekod.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan boleh menghubungi Sektor Pengurusan Harta & Risiko di alamat emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Sekian. Terima Kasih

 

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar, UMS

 

Dikemukakan maklumat berkenaan Pelantikan Klinik Panel UMS Tahun 2021-2022 dan Pemakluman Penamatan Perkhidmatan Klinik Panel Universiti untuk makluman kakitangan UMS:

 

1. Senarai Pelantikan Klinik Panel UMS 2021- 2022 (.pdf)

2. Pemakluman Senarai Klinik Panel Tamat Tempoh Lantikan dan Tidak Disambung Sebagai Klinik Panel (.pdf)