Pengumuman Daripada: Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, UMS

 

Dimaklumkan bahawa pihak JTMK akan menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan peralatan rangkaian IP Address Management pada ketetapan berikut:

 

Tarikh:     12 Mac 2021 (Jumaat)

Masa:     6.00 petang hingga 7.00 petang

Lokasi terlibat:     UMS Kampus Induk, UMS Kampus Antarabangsa Labuan, Fakulti Pertanian Lestari, Sandakan

 

Sepanjang tempoh kerja-kerja penyelenggaraan dijalankan , pengguna perkhidmatan rangkaian UMS bagi lokasi yang dinyatakan akan mengalami gangguan capaian rangkaian sistem dalaman dan internet. Walaubagaimanapun, sistem-sistem dalaman UMS masih boleh diakses dari luar kampus (mobile data,broadband, unifi, streamyx dan lain-lain).

 

Segala kesulitan amatlah dikesali.

 

 

Pengumuman Daripada: Hospital Universiti Malaysia Sabah

 

 

Sukacita dimaklumkan Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS) akan  menganjurkan Webinar kesihatan pada ketetapan berikut:

Tajuk   : Healthy Eating

Tarikh : 17 Mac 2021 (Rabu)

Masa    : 9.00 Pagi hingga 10.30 Pagi

Pendaftaran : https://forms.gle/6CKJCLLECoyWSZ2w5.

 

Penceramah akan berkongsi amalan pemakanan yang sihat dengan semua peseta terutamanya amalan pemakanan sihat  semasa pandemik. Webinar ini diadakan secara percuma kepada semua staf UMS.  

 

 

 

 

Pengumuman Daripada: Hospital Universiti Malaysia Sabah

 

 

Sukacita dimaklumkan Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS) akan  menganjurkan Webinar kesihatan pada ketetapan berikut:

Tajuk   : Nutrition and Dietary Intervention

Tarikh : 3 April 2021 (Sabtu)

Masa    : 9.00 Pagi hingga 1 Petang

Pendaftaran : https://forms.gle/jg8z5jWNoKbUXMaZ7

Webinar ini bertujuan untuk berkongsi tentang cara pemakanan sihat kepada pesakit darah tinggi dan kencing manis, warga emas, dan sebagainya. Seminar ini akan disampaikan oleh Puan Roxanne Hartman, pakar pemakanan berdaftar dari Amerika Syarikat. Beliau berpengalaman dalam membimbing pesakit dalam cara pemakanan yang sihat, dengan intervensi diet yang khusus untuk setiap individu.