Pengumuman Daripada: Seksyen Pengurusan Inovasi, Pusat Pengurusan Penyelidikan Dan Inovasi (PPPI)

 

Pemakluman Pembukaan Permohonan Geran Public-Private Research Network (PPRN) 2.0 FASA 1/2021, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) (LAMPIRAN)

 

 

YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

Dimaklumkan bahawa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah mengumumkan pembukaan permohonan geran Public-Private Research Network (PPRN) 2.0 Fasa 1/2021 bermula pada 19 Februari 2021 – 2 April 2021. Sehubungan itu, penyelidik UMS yang berminat adalah dipelawa untuk mengemukakan permohonan geran tersebut.

Berikut adalah tarikh dan perkara penting berkenaan pembukaan permohonan ini:

 

Tarikh

Mula

Tarikh

Akhir

Perkara

Catatan

Tindakan

 

19 Feb

2021

 

19 Mac

2021

Permohonan Geran PPRN Fasa 1/2021

Mengisi Borang Permohonan dan menghantar dokumen hardcopy (berwarna) dan softcopy (email kepada urus setia)

Pemohon UMS

22 Mac

2021

26 Mac

2021

Semakan peringkat PPPI dan penambahbaikan permohonan oleh Pemohon

 

PPPI/

Pemohon

30 Mac

2021

31 Mac

2021

Semakan akhir dan Perakuan oleh Pengarah PPPI

Salinan hardcopy ditandatangani oleh Pengarah PPPI

PPPI

1 April 2021

Penghantaran dokumen ke Unit PPRN, KPT

 

2 April 2021

TARIKH TUTUP PERMOHONAN KE UNIT PPRN KPT

PPPI

 

Bersama ini dilampirkan Garis Panduan Pelaksanaan dan Borang Permohonan PPRN yang terkini (Feb 2021) untuk rujukan dan tindakan selanjutnya di pihak YBrs. Prof./ Dr./ tuan/ puan.

 

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Urus Setia PPRN berikut:

  1. Prof Madya Dr Homathevi A/P Rahman (samb. 100572, Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)
  2. Pn Aqilah Afendy (samb: 120834, Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)
  3. Pn Marliana John (samb: 101861, Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.) Sekian, terima

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan & Inovasi , UMS

 

Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera.

 

YBrs. Prof. Datuk Dr./Prof. Dr.,/Prof. Madya Dr./Tuan/Puan

 

HEBAHAN DANA ANTARABANGSA: MAKLUMAN PEMBUKAAN PERMOHONAN GERAN PENYELIDIKAN HEALTH SYSTEMS RESEARCH INITIATIVE (HSRI) FOUNDATION GRANT

 

Sukacita dimaklumkan bahawa United Kingdom Research and Innovation (UKRI) melalui The Medical Research Council (MRC), United Kingdom ingin mempelawa mana-mana penyelidik di Malaysia untuk memohon geran penyelidikan Health Systems Research Initiative Foundation Grant untuk i) exploratory, stand-alone studies atau ii) pilot/feasibility work bagi menambahbaik sistem kesihatan di negara berpendapatan rendah dan sederhana (Low and Middle Income Countries, LMIC).

 

1. Untuk makluman, penawaran geran ini tidak terbuka kepada kajian yang berfokuskan kepada penyakit tertentu. Tujuan skim geran Penyelidikan Health Systems Research Initiative (HSRI) ini ditawarkan ialah untuk menyediakan peruntukan kepada kertas cadangan terbaik yang mampu menjana pengetahuan baru bagi memperkukuhkan dan menambahbaik sistem kesihatan di LMIC.

 

2. Kajian yang dibiayai oleh geran ini haruslah berpusat di negara di mana kerja-kerja penyelidikan akan dijalankan. Malaysia memenuhi syarat bagi geran ini kerana Malaysia dikategorikan sebagai LMIC oleh Bank Dunia di bawah Development Assistance Committee (DAC) bagi Official Development Assistance (ODA).

 

3. Maklumat geran penyelidikan yang ditawarkan adalah seperti berikut:

 

3.1   Jangkaan sebanyak £700,000 peruntukan tersedia bagi geran ini daripada UK Foreign, Commonwealth & Development Office(FCDO), Medical Research Council (MRC), dan Wellcome dengan kerjasama UK Economic and Social Research Council (ESRC)

 

3.2   Peruntukan yang dimohon oleh organisasi penyelidikan (RO) / Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Malaysia akan dibiayai 100% dari kos ekonomi sepenuhnya

 

3.3   Tempoh penyelidikan adalah tidak melebihi dua (2) tahun

 

3.4   Tarikh akhir penghantaran permohonan ini adalah pada 26 Mei 2021 (16:00 waktu UK)

 

3.5   Agensi pembiaya dan pelaksana bagi geran ini adalah MRC, UK dan bukan Kementerian Pengajian Tinggi, Malaysia

 

3.6          Penyelidik yang berminat untuk memohon boleh mendapatkan maklumat selanjutnya melalui laman sesawang berikut untuk makluman lebih lanjut: https://www.ukri.org/opportunity/health-systems-research-initiative-hsri-foundation-grant/

 

Segala komitmen dan kerjasama YBrs. Prof. Datuk Dr./Prof. Dr.,/Prof. Madya Dr.berhubing perkara ini amatlah dihargaoi dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

 

Sekian, dan terima kasih.