Pengumuman Daripada : Bahagian Pengurusan Kualiti (BPQ), Jabatan Pendaftar
Subjek: Jom Sertai Seminar KreaNova Dalaman: Memperkasakan Sistem Penyampaian, Melestarikan Kualiti

Bahagian Pengurusan Kualiti (BPQ) membuka Klinik Kualiti (KQ) untuk bersama-sama memantapkan Pengurusan Kualiti di UMS. Ini merupakan sebahagian aktiviti (Bonding, Engagement and Synergy) BONENSY bagi menyemarakkan aktiviti Tahun KREANOVA.

Kepada JFPIB yang berminat mohon lengkapkan borang temujanji https://forms.gle/2BUr57H73P6krcTP6 untuk diselaraskan dengan jadual BPQ. Sekian.

MEMBUDAYAKAN KUALITI DAN KREATIVITI, MEMPERKASAKAN INOVASI 

Pengumuman Daripada: Institut Kajian Orang Asal Borneo (BorIIS), UMS
Subjek: Kad Ucapan Selamat Menyambut Hari Orang Asal Sedunia 2020

INFO HEBAHAN SAMBUTAN “HARI ORANG ASAL SEDUNIA” TAHUN 2020

Sambutan ‘Hari Orang Asal Sedunia’ merupakan sebuah sambutan yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat Malaysia berhubung kewujudan Deklarasi Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Hak-Hak Orang Asal. Ia disambut secara universal pada tarikh 9 Ogos setiap tahun. Sambutan Hari Orang Asal Sedunia Peringkat Negeri Sabah pada tahun 2019 telah diadakan di Dewan Terbuka Hongkod Koisaan Cultural Village (KDCA), Penampang pada 8-9 Ogos 2019 dengan pelbagai pengisian acara antaranya forum, persembahan kebudayaan dan pameran khas mengenai kesenian, pakaian serta makanan tradisi etnik-etnik Orang Asal Sabah. Sebagai sebuah institusi yang menerajui penyelidikan mengenai Orang Asal di Borneo dan Sabah khususnya, Institut Kajian Orang Asal Borneo (BorIIS), Universiti Malaysia Sabah turut memikul tanggungjawab untuk terus memupuk kesedaran mengenai kepentingan memelihara dan memulihara nilai budaya, adat, dan bahasa Orang Asal. Oleh itu, bersempena dengan kehadiran tarikh 9 Ogos ini, BorIIS juga mengambil peluang untuk mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI ORANG ASAL SEDUNIA 2020.

Pengumuman Daripada:  Seksyen Pengurusan Inovasi Pusat Pengurusan Penyelidikan Dan Inovasi (PPPI)
Subjek: Pemakluman Pembukaan Permohonan Geran Public-Private Research Network (PPRN) 2.0 Fasa 4/2020, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)

YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Dimaklumkan bahawa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah mengumumkan pembukaan permohonan geran Public-Private Research Network (PPRN) 2.0 Fasa 4/2020 bermula pada 10 Ogos 2020. Sehubungan itu, penyelidik UMS yang berminat adalah dipelawa untuk mengemukakan permohonan geran tersebut.

Berikut adalah tarikh dan perkara penting berkenaan pembukaan permohonan ini:

BIL.

PERKARA

CATATAN

1.

Tarikh Pembukaan Permohonan Peringkat KPT

-          10 Ogos 2020 – 4 September 2020

2.

Tarikh Akhir Penghantaran Permohonan Peringkat UMS

24 Ogos 2020 (Isnin)

 

***Penting untuk semakan dokumen

 diperingkat PPPI dan tandatangan Pengarah PPPI

3.

Dokumen Permohonan

Dihantar ke Pejabat PPPI dalam bentuk:

i) satu (1) set salinan hardcopy (berwarna)

ii) satu (1) set salinan softcopy (email ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya./ Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)

4.

Urus Setia PPPI

-       Seksyen Pengurusan Inovasi:

-       No. Samb.: 100572 / 120834 / 101861

Bersama ini dilampirkan Garis Panduan Pelaksanaan dan Borang Permohonan PPRN 2.0 yang terkini untuk rujukan dan tindakan selanjutnya di pihak YBrs. Prof./ Dr./ tuan/ puan.

Sekian, terima kasih.

Garis Panduan Pelaksanaan (.pdf)

Borang Permohonan PPRN 2.0 (.docx)