PENGUMUMAN DARIPADA: PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI
SUBJEK: MAKLUMAN BERKENAAN TARIKH AKHIR UNTUK PENGHANTARAN BORANG-BORANG KEWANGAN PROJEK PENYELIDIKAN BAGI TUJUAN PENUTUPAN AKAUN TAHUNAN UMS TAHUN 2019
 
Assalamualaikum & Salam Sejahtera Y.Brs. Prof./Dr.,
 
Dengan segala hormat perkara di atas adalah dirujuk dan Surat Pekeliling Bendahari Bil. 1 Tahun 2019 berhubung Panduan Penutupan Akaun di Pusat Tanggungjawab bagi tahun berakhir 31 Disember 2019 adalah berkaitan.
 
Adalah dimaklumkan bahawa berikut adalah merupakan tarikh akhir untuk penghantaran borang-borang kewangan projek penyelidikan kepada PPPI bagi tujuan penutupan akaun tahunan UMS tersebut:

Bil.

Perkara

Jenis Borang yang Terlibat

Tarikh Akhir ke PPPI

1.     

Mengemukakan permohonan bayaran gaji Pembantu Penyelidik (RA/GRA) tahun 2019

R9

25 November 2019

(Isnin)

2.     

Mengemukakan permohonan tuntutan perjalanan / elaun / tuntutan pelbagai bagi Penyelidik

R6

2 Disember 2019

(Isnin)

3.     

Mengemukakan permohonan pengeluaran Pesanan Rasmi (LPO) tahun 2019

R7

7 Oktober 2019

(Isnin)

4.     

Mengemukakan permohonan pendahuluan diri dan pendahuluan pelbagai kakitangan

R5

2 Disember 2019

(Isnin)

 

Permohonan pendahuluan bagi tempoh 10 Disember 2019 hingga 10 Januari 2020 adalah dibekukan

5.     

Mengemukakan laporan pendahuluan / tuntutan perjalanan bagi pendahuluan diri dan pendahuluan pelbagai kakitangan yang telah diluluskan

R5

2 Disember 2019

(Isnin)

6.     

*Mengemukakan pembayaran bil dan inbois daripada pembekal tahun 2019 yang menggunakan geran penyelidikan

LPO

9 Disember 2019

(Isnin)

7.     

*Mengemukakan pengesahan penyata perbelanjaan penyelidikan (penyata tersebut akan mula diedarkan oleh pihak Bendahari kepada Ketua Penyelidik selewat-lewatnya pada 7 Oktober 2019 (Isnin))

BEN/PC/03

15 November 2019

(Jumaat)

*Boleh dikemukakan terus ke Zon Operasi Kewangan PPI (u.p.: Pn. Ammysiah Severinus, Penolong Bendahari Kanan)

Sehubungan itu, jasa baik Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan adalah dipohon agar dapat membuat perancangan dengan sebaiknya dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

Segala jasa baik dan perhatian Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian.

PENGUMUMAN DARIPADA: FAKULTI PSIKOLOGI & PENDIDIKAN, UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
SUBJEK: "1ST MALAYSIA RUNNER'S CONVENTION 2019"
 
"The 1st Malaysia Runner's Convention 2019' yang dianjurkan oleh Physical Fitness Rehab Centre(PFRC) dengan Kerjasama Sabah Trail Running Assoc. (SaTRA)
 
pada ketetapan berikut:
Tarikh: 10 - 11 Oktober 2019
Tempat: Fakulti Psikologi & Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah
 

PENGUMUMAN DARIPADA: BAHAGIAN PERKHIDMATAN AKADEMIK

SUBJEK: MEMOHON SUMBANGAN IKHLAS SEMPENA PROGRAM CSR PENYERAHAN SURAT TAWARAN CALON B40 SESI 2019/2020

 

Assalamualaikum wbt dan Salam sejahtera,

Bhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,

MEMOHON SUMBANGAN IKHLAS SEMPENA PROGRAM CSR PENYERAHAN SURAT TAWARAN CALON B40 SESI 2019/2020

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Perkhidmatan Akademik dengan kerjasama beberapa Fakulti dan Jabatan yang lain akan mengadakan program CSR tersebut bermula 16 sehingga 20 Ogos 2019.

Sehubungan dengan itu, pihak BPA menjemput semua warga UMS yang ingin membuat sumbangan ikhlas untuk diagihkan kepada keluarga calon yang akan menerima tawaran kemasukan bagi Sesi 2019/2020 yang akan datang. 

Sebarang pertanyaan lanjut berhubung perkara ini bolehlah menghubungi Pn. Fauziyah Hj. Jakir  di talian Samb : 692109.  Kerjasama dan perhatian Y. Bhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini, terlebih dahulu diucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Bahagian Perkhidmatan Akademik | UMS