Pengumuman Daripada
: Seksyen Kemajuan Kerjaya, Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar   
Kepada
: Kakitangan Akademik Universiti Malaysia Sabah
Subjek
Iklan Kekosongan Jawatan Timbalan Naib Canselor (Hal-Ehwal Jaringan Industri Dan Masyarakat) Universiti Kebangsaan Malaysia
 
YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr.,
 
IKLAN JAWATAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL-EHWAL JARINGAN INDUSTRI DAN MASYARAKAT) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
 
2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Universiti Kebangsaan Malaysia mempelawa kakitangan akademik bagi mengisi kekosongan jawatan Timbalan Naib Canselor (Hal-Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat) seperti berikut:
 
Bil.
Jawatan
Universiti
Tarikh Tutup Permohonan
1
Timbalan Naib Canselor (Hal-Ehwal Jaringan Industri Dan Masyarakat)
Universiti Kebangsaan Malaysia
10 Mac 2017
 
3. Bersama ini dilampirkan hebahan iklan Jawatan untuk makluman dan perhatian YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr.
 
Sekian.
 

PENGUMUMAN DARIPADA: SEKSYEN JARINGAN KOMUNITI, PUSAT JARINGAN INDUSTRI DAN KOMUNITI
SUBJEK: TAKLIMAT PERMOHONAN GERAN "KNOWLEDGE TRANSFER PROGRAMME (KTP)" — SKIM PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT PELAN "ROLLING" KEDUA (2017)
 
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara diatas.
 
Sukacitanya, kami menjemput YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan yang berminat untuk hadir ke sesi taklimat berkenaan geran KTP seperti ketetapan berikut:
 
Tarikh             :10 Mac 2017 (Jumaat)
Masa              : 9.00 pagi
Tempat          : Bilik Seminar 5 & 6, Aras 2, Pusat Pengajian Pascasiswazah
Penceramah : Profesor Madya Dr. How Siew Eng
                          Pengarah
                          Pusat Pengurusan EcoCampus
 
Kehadiran YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian.

Seksyen Jaringan Komuniti
Pusat Jaringan Industri dan Komuniti
Universiti Malaysia Sabah
Tel: 612200/612206/612502

PENGUMUMAN DARIPADA: PERSATUAN KAKITANGAN AKADEMIK UMS
SUBJEK: LANJUTAN CADANGAN YANG DITERIMA: ISU ATAU PERKARA YANG HENDAK DIBINCANGKAN DALAM MESYUARAT MBJ UMS
 
Merujuk Pengumuman terdahulu Isnin 27.02.2017 : Isu atau Perkara Yang Hendak Dibincangkan Dalam Mesyuarat MBJ UMS
 
Assalammualaikum dan Salam Kakitangan Akademik UMS
 
Ekoran daripada pengumuman tersebut maka setakat ini terdapat 2 cadangan yang telah dikemukakan daripada kakitangan Akademik UMS;
 
1.Cuti sabatikal dicadangkan diberikan juga biassiswa.
2.Cadangan Penilaian E-LNPT  berpandukan
 Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2011 ( perkara nombor 32).
 
Sekiranya terdapat apa-apa cadangan lain atau pandangan daripada kakitangan Akademik UMS untuk dibawa ke mesyuarat Majlis Bersama Jabatan Universiti Malaysia Sabah maka bolehlah disalurkan cadangan tersebut kepada  Persatuan Kakitangan Akademik UMS ke email berikut: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 
Persatuan menunggu cadangan seterusnya sekiranya ada, untuk dibawa ke mesyuarat PraMBJ yang dijangka akan berlangsung pada 8/03/2017.
 
Sekian dan Terima kasih
Yang Ikhlas,
 
“Perbincangan, Ketelusan Membawa Berkat”

PENGUMUMAN DARIPADA: PERPUSTAKAAN UMS
SUBJEK: PEKELILING PERPUSTAKAAN BIL.1 TAHUN 2015
 
Y.Bhg.Datuk/Prof./Tuan/Puan,
 
Perkara di atas adalah dirujuk.
 
02. Sukacita dimaklumkan Pekeliling Perpustakaan Bil. 1 Tahun 2015 telah dimuat turun ke Portal Perpustakaan, Y.Bhg.Datuk/Prof./Tuan/Puan, boleh mendapatkan pekeliling berkenaan dipautan berikut;
Sekian dan terima kasih.