Pengumuman Daripada: Fakulti Pengajian Islam (FIS)
 
 
 
 
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera, 
 
Dengan segala hormatnya, pihak Fakulti Pengajian Islam, Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan kerjasama Pusat Islam, Bahagian Integriti UMS, serta Pusat Pelaburan Endowmen dan Wakaf, UMS menjemput YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan untuk menghadiri simpsium di atas seperti dalam maklumat yang berikut:
 
 🗓️ Tarikh: 25 Ogos 2025 (Isnin) 
⏰ Masa: 9.00 pagi – 12.00 tengah hari
 📍 Tempat: Pusat Islam, Universiti Malaysia Sabah  
 
Ucapan Alu-aluan: Prof. Datuk Dr. Kasim Mansur, Naib Canselor, UMS
 
Penceramah Jemputan: 
 
🔗 *Habib Ali Zaenal Abidin Abu Bakar Al-Hamid* Profesor Adjung, Fakulti Pengajian Islam UMS Tajuk : "Bersihakan Jiwa dan Hartamu dengan Infak”
 
🔗 *Dato’ Dr. Afifi Al-Akiti* Felo Pengajian Islam, Universiti Oxford, England Ahli Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam (MKI) Tajuk : "The Oxford Debt to Islam and Muslim Civilization" 
 
 
Semua warga UMS dijemput hadir. Kehadiran YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan amatlah dihargai.  
 
Sekian dan terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: JK Publisiti dan Multimedia SUGUSA 2025

 

1 HARI LAGI !! Buat pertama kalinya Sukan Silaturahim Kelab Staf Gugusan Sains UMS (SUGUSA) 2025 bakal berlangsung, pasti lebih meriah!!

Kelab Kebajikan dan Rekreasi Staf (KRiS), FST sebagai penganjur utama SUGUSA 2025 telah bekerjasama dengan kelab staf gugusan sains seperti berikut;

  1. Kelab Kembara Keluarga FPSK (KEMBARA), FPSK
  2. Kelab Kebajikan dan Rekreasi Kakitangan HUMS (KKRHUMS), HUMS
  3. Kelab Kakitangan ComPASS, FPT
  4. Kelab Kebajikan, Sukan dan Rekreasi Kakitangan FSMP, FSMP
  5. Kelab Kebajikan dan Rekreasi PPST (AUMS), PPST
  6. Kelab Staf PKI, FKI

Bersiap sedia untuk menyaksikan 4 Kontinjen Sukan SUGUSA 2025 bersaing sengit merebut 420 pingat yang menjadi rebutan! 🏅 Siapakah yang bakal dinobatkan sebagai Juara SUGUSA 2025?

  1. ScienceTech United (Gabungan FST & PPST)
  2. THE MEDIX (FPSK)
  3. HUMS
  4. GASAK (Gabungan FPT, FSMP & FKI)

Jom kita sokong dan saksikan aksi-aksi hebat Staf Gugusan Sains dalam 10 jenis sukan yang dipertandingkan:

 * Bola Jaring

 * Bola Tampar

 * Badminton

 * Petanque

 * Pickleball

 * Boling

 * Futsal

 * Dart

 * Catur

 * Ping Pong

Bukan itu sahaja! Cabutan bertuah dengan hadiah-hadiah menarik menanti para atlet dan penyokong SUGUSA 2025!

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk memeriahkan suasana pada ketetapan berikut;

Tarikh: 22-23 Ogos 2025 (Jumaat dan Sabtu)

Masa: Jumaat (2:00 pm hingga 9:00 pm) & Sabtu (7:00 am hingga 4:00 pm)

Tempat:

  1. UMS Arena Indoor, UMS
  2. MYBOWLKK, 1 Borneo Hypermall
  3. Dewan Badminton Mini Putrajaya, KK

 

Ayuh, tunjukkan semangat kesukanan anda! Jom Sukan!

Jumpa anda di sana !!

#SUGUSA2025 #SukanSilaturahim #UMSMeraikanKesukanan #UMSTheBrainofBorneo #SukanStafGugusanSains #UMS

 

Pengumuman Daripada: U-Science, UMS

 

 

Sukacita dimaklumkan bahawa, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI) telah melantik Universiti Malaysia Sabah (UMS) sebagai Rakan Strategik bagi penganjuran Program NextGen Tech @MOSTI 2025 yang dijadualkan pada 22 Ogos 2025 bertempat di Kompleks Dewan Kuliah Pusat ke-2 (DKP-2), UMS.

 

Pengumuman Daripada: U-Science, UMS

 

 

Sukacita dimaklumkan bahawa, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI) telah melantik Universiti Malaysia Sabah (UMS) sebagai Rakan Strategik bagi penganjuran program Malaysia Techlympics 2025 Peringkat Zon Sabah dan Program NextGen Tech @MOSTI 2025 yang dijadualkan pada 20-22 Ogos 2025 bertempat di Kompleks Dewan Kuliah Pusat ke-2 (DKP-2), UMS.

 

Announcement From: Corporate Communication Centre (CCC)

 

 

Dear Higher Education Community,

 

Join our webinar “The Role of Leadership in Integrating Education, Social Innovation and Sustainable Development for the Future of Higher Education.”

 

Date: 22 August 2025 (Friday)

Time: 4.00 pm (GMT+8, Kuala Lumpur, Malaysia Time)

Platform: LIVE on AKEPT’s Facebook - https://www.facebook.com/akeptmohe

Pre-Registration: https://tinyurl.com/preregistrationAKEPTLTAseries4 

 

Don’t miss this exciting webinar. Join us and be part of the future of higher education!