Image

13 NOVEMBER 2025

  •  09:00AM - 04:30PM
  •  Sabah International Convention Centre, Kota Kinabalu

Pengenalan

Seminar ICT Negeri Sabah telah dianjurkan sejak tahun 2005 melalui kerjasama lima agensi strategik bermula dengan Lembaga Koko Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri Sabah dan Universiti Malaysia Sabah. Keahlian seminar ini terus berkembang dengan penyertaan MAMPU Sabah dan INTAN Sabah pada tahun-tahun berikutnya. Seminar ini dianjurkan secara tahunan, dengan penganjuran dilakukan secara bergilir oleh tuan rumah rakan kolaborasi yang terlibat.


Bermula tahun 2025, Seminar ICT Negeri Sabah (SEMIT) telah dijenamakan semula sebagai Digital@Sabah, selaras dengan visi transformasi digital yang lebih menyeluruh dan berimpak tinggi. Tahun ini juga menyaksikan penglibatan beberapa rakan kolaborasi baharu di bawah Digital@Sabah, yang bertujuan untuk untuk memperluas rangkaian kerjasama strategik bagi mempercepatkan pembangunan dan inovasi digital di Sabah.

OBJEKTIF

  1. Menggalakkan kesedaran untuk berubah dalam sektor awam bahawa pembudayaan digital adalah pemacu utama untuk meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian sektor awam;

  2. Menggalakkan perkongsian dan kolaborasi antara sektor awam (agensi Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Sabah dan swasta) dalam usaha mendigitalkan perkhidmatan awam;

  3. Pendedahan kepada penjawat awam ke arah celik digital dalam talian sepenuhnya bagi memanfaatkan teknologi digital untuk meningkatkan kecekapan proses kerja dan produktiviti.

Ringkasan Perancangan Acara

Jadual Aktiviti Utama

13 NOV 2025 (KHAMIS)

08:30 PAGI

Pendaftaran Peserta

09:00 PAGI

PEMBENTAGAN KERTAS 1:
Pembentang: Encik Shamsul Izhan Bin Abdul Majid, Chief Executive Officer, National AI Office Malaysia
Tajuk: Driving National AI Strategy: The Role of NAIO in Shaping Malaysia’s AI Future

09:20 PAGI

PEMBENTANGAN KERTAS 2:
Pembentang: Encik Danial Azizan Abdullah Henry, Country Head, Google for Education (Malaysia & Brunei)
Tajuk: AI At Work

09:40 PAGI

PEMBENTANGAN KERTAS 3:
Pembentang: Encik Rashvin Pal Singh, Social Entrepreneur, Group CEO Biji-biji Initiative & Mereka
Tajuk: "Peluang dan Potensi AI"

10:00 PAGI

PEMBENTANGAN KERTAS 4:
Pembentang: Encik Terry Henry, Pengarah Pejabat Kementerian Digital, Wilayah Sabah
Tajuk: Kajian Literasi Kecerdasan Buatan (AI) Di kalangan Penjawat Awam Persekutuan di Sabah

10:30 PAGI

Forum - "Sabah Digital Hab: Realiti atau Sekadar Aspirasi?"
Moderator: Prof. Dr. Ag Asri Ag Ibrahim, Chief Digital Officer, UMS

Panel:
1) YBhg. Tuan Fabian Bigar, Ketua Setiausaha Kementerian Digital
2) Datuk Mohd. Hanafiah Bin Mohd. Kassim, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Tugas-Tugas Khas)
3) Ts. Ahmad Sauqi Bin Ishak, Chief Digital Officer, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

11:45 PAGI

Ketibaan ketua-ketua jabatan dan dif-dif jemputan

11:55 PAGI

  • Majlis Perasmian
  • Lagu Negaraku & Sabah Tanah Airku
  • Lafaz Ikrar Rukun Negara
  • Bacaan Doa
  • Ucapan alu-aluan oleh Naib Canselor UMS
  • Ucapan Perasmi Program
  • Gimik Perasmian
  • Penyerahan dokumen kajian literasi AI di antara
  • UMS-Kementerian Digital
  • Penyerahan dokumen MOU di antara UMS dan Sedafiat
  • Penyerahan dokumen perjanjian di antara Celcom Timur dan UMS
  • Penyerahan penghargaan kepada rakan strategik
  • Sesi bergambar dan Drone show
  • Lawatan Tapak Pameran

01:00 PETANG

Makan tengah hari

02:30 PETANG

Digital Workshop: Everyday AI: Practical generative tools to simplify your work

04:30 PETANG

Majlis tamat & Bersurai

robot-ai-ums

HUBUNGI KAMI

Jabatan Digital, Universiti Malaysia Sabah
88400 Kota Kinabalu, Sabah