Mengenai Kami
pengenalan
International Digiverse Book Fest adalah salah satu inisiatif untuk memperkasakan teknologi digital serta memperluaskan akses kepada ilmu pengetahuan, inovasi, dan literasi dalam kalangan masyarakat. Dengan menggabungkan elemen teknologi dan industri penerbitan, festival ini berfungsi sebagai platform utama bagi penulis, penerbit, pencipta kandungan digital, serta usahawan teknologi untuk berkongsi idea dan meneroka peluang baharu dalam era digital.
Program utama bagi International Digiverse Book Fest merangkumi Pesta Buku Antarabangsa Kota Kinabalu, Pameran Teknologi Digital dan Seminar Digital@Sabah. Setiap segmen ini direka khas untuk memberi pengalaman yang menyeluruh kepada peserta, menggabungkan elemen literasi, inovasi digital, dan diskusi ilmiah yang relevan dengan perkembangan semasa.
objektif
-
Memperkasa Pendidikan, Literasi dan Teknologi Digital – Menyediakan bengkel, seminar, dan sesi diskusi bagi meningkatkan kemahiran membaca, menulis, pemahaman kritis, serta penerapan teknologi digital dalam kehidupan seharian.
-
Menjadikan Kota Kinabalu sebagai Hab Literasi dan Teknologi – Mengukuhkan kedudukan Kota Kinabalu sebagai destinasi penting dalam peta industri buku dan teknologi serantau dengan menjadikan pesta ini sebagai acara berprestij di peringkat antarabangsa.