Subjek : MyCyberSecurity Clinic Universiti Malaysia Sabah (MyCSC@UMS)

Pengumuman daripada : Fakulti Komputeran dan Informatik

 

Salam sejahtera.

Sukacita memaklumkan, MyCyberSecurity Clinic Universiti Malaysia Sabah (MyCSC@UMS), dibawah pentadbiran Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI) akan mula beroperasi sepenuhnya pada 01 Mac 2020.

 

Kami menyediakan Perkhidmatan Pemulihan dan Sanitasi Data yang turut melibatkan pemulihan data dalam perkakasan jenis Cakera Keras  (HardDisk) komputer yang telah rosak kepada semua warga universiti, jabatan/agensi kerajaan dan masyarakat umum pada kadar harga yang berpatutan.

 

Sempena pembukaan perkhidmatan profesional pertama seumpamanya di Borneo dan universiti awam ini,  promosi potongan harga sehingga 50% diberikan khas kepada 20 pelanggan yang terawal sahaja.

 

Hubungi kami untuk tempahan melalui telefon 088-320000 ext 613720 ataupun emel terus kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

 

“ YOUR PRIVACY OUR PRIORITY ”

Subjek : Continuous Medical Education (CME) Series 4/2020

Pengumuman daripada : Jabatan Pendidikan Perubatan, Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.

Dengan segala hormat perkara di atas dirujuk.

Tarikh: 28 Februari 2020 (Jumaat)

Masa: 9.00am – 10.00am


Lokasi: Auditorium, Tingkat 2, Blok B, Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan.

Sekian, terima kasih.

Subjek : Pemakluman Takwim Akademik Program Pascasiswazah

Pengumuman daripada : Pusat Pengajian Pascasiswazah

 

PEMAKLUMAN TAKWIM AKADEMIK PROGRAM PASCASISWAZAH SEMESTER 2 SESI 2019/2020

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita dilampirkan bersama ini Takwim Akademik Program Pascasiswazah Semester 2 Sesi 2019/2020 untuk makluman YBrs. Prof. Datuk Dr./Prof. Dr./Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan, 

Takwim ini juga boleh dicapai melalui portal rasmi Pusat Pengajian Pascasiswazah.

   

 

PEMAKLUMAN TAKWIM AKADEMIK PROGRAM PASCASISWAZAH SESI 2020/2021

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita dilampirkan bersama ini Takwim Akademik Program Pascasiswazah Sesi 2020/2021 untuk makluman YBrs. Prof. Datuk Dr./Prof. Dr./Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan, 

Takwim ini juga boleh dicapai melalui portal rasmi Pusat Pengajian Pascasiswazah.

Sekian, terima kasih.