Pengumuman Daripada: Pusat Islam UMS

 

Pihak Pusat Islam akan melaksanakan sistem jalan sehala yang melibatkan laluan masuk melalui foyer utama Masjid UMS. Hal ini adalah bagi mengelakkan kesesakan dan melancarkan lalulintas sepanjang laluan ke Masjid UMS. Jalan sehala ini berkuatkuasa pada 3 Oktober 2024 (Khamis).

 

Pengumuman Daripada: Pengurusan Psikologi UMS 

 

Kepada seluruh warga UMS, ayuh kita bersama-sama meraikan bulan penting ini dengan penuh kesedaran! 💜✨
 
Sepanjang Oktober 2024, Pengurusan Psikologi UMS mengajak anda untuk mendalami “Tekad Empati, Sejahtera Insani” – tema yang menekankan kepentingan empati dan kesejahteraan mental dalam kehidupan harian kita. 🧠💬
 
Apa yang kami tawarkan? ✅ Sesi kaunseling dan bimbingan ✅ Aktiviti kesihatan mental yang menyeronokkan ✅ Sokongan psikologi yang sentiasa bersedia untuk anda
 
Ambil peluang ini untuk meningkatkan kesejahteraan diri dan menyemarakkan semangat positif dalam komuniti UMS! 🎓👩‍🏫
 
Jom cipta persekitaran yang lebih sihat dan menyokong antara satu sama lain. Jangan biarkan kesihatan mental diabaikan – bersama kita capai Sejahtera Insani! 🌿💖
 
Untuk temujanji:
- Dr Zaiton Mohammad: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. (PPOKU)
- Puan Carrie Grace Jaymess: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. (BSM)
- Encik Adzmil Bin Abidin: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. (JHEP)
- Puan Masnahneh Masdin: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. (JHEP)
- Puan Nur Iman Reedzal: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. (Kampus Labuan)
- Encik Muhammad Jumrat Minsun: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. (JHEP)
- Puan Nurul Fatiha Firdaus: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. (PKPKP)

 

Pengumuman Daripada: Perpustakaan UMS

 

KAJIAN BUDAYA MEMBACA DI UNIVERSITI AWAM MALAYSIA 2024
 
Majlis Ketua Pustakawan Universiti Awam Malaysia sedang menjalankan Kajian berkenaan Budaya Membaca di Universiti Awam Malaysia 2024. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti trend serta tabiat membaca dalam kalangan mahasiswa, staf akademik dan staf bukan akademik di Universiti Awam. Soal selidik bagi kajian boleh diakses di pautan berikut: Kajian Budaya Membaca di Universiti Awam Malaysia 2024
 
Kaji selidik ini mengandungi 20 soalan mudah. Sila jawab setiap soalan mengikut pendapat anda sendiri. Semua maklumat yang diberikan adalah SULIT dan akan digunakan untuk tujuan penyelidikan sahaja.
 
Definisi membaca dalam konteks kajian ini merujuk kepada pembacaan bahan dalam bentuk cetak atau digital, sama ada ilmiah ataupun bacaan ringan.
 
Terima kasih atas penyertaan dan sumbangan anda dalam kaji selidik ini.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
SURVEY ON READING CULTURE AT PUBLIC UNIVERSITIES IN MALAYSIA 2024
 
The Malaysian Public University Chief Librarian Council is conducting a study on the reading culture at Public Universities in Malaysia 2024. The objective of the study is to identify the reading trends and habits among students and staff in local public universities. The survey of the study can be accessed from the link here: Survey On Reading Culture at Public Universities In Malaysia 2024
 
This survey contains 20 simple questions. Please answer each question based on your own opinion. All information provided is CONFIDENTIAL and will be used for research purposes only.
 
The definition of reading in the context of this study refers to reading materials in print or digital, either for academic or leisure purposes.
 
Thank you for your participation and contribution in this survey.
 

 

Pengumuman Daripada: Pusat Jaminan Kualiti

 

Dengan hormat perkara di atas dirujuk.
 
2.        Adalah dimaklumkan bahawa MQA telah mengeluarkan pemakluman melalui surat MQA, MQA, MQA.600-2/3/1 (13) bertarikh 20 Ogos 2024 untuk melaksanakan penilaian Pematuhan Akreditasi Penuh (MQA-04) bagi program-program UMS seperti dalam Lampiran 1 (sila rujuk e-mel CQA bertarikh 26 September 2024). Berdasarkan surat pemakluman tersebut menyatakan bahawa PPT tidak lagi perlu mengemukakan Dokumen MQA-04: Penilaian Pematuhan Akreditasi Penuh Program sebaliknya, PPT hanya perlu menyediakan dokumen penilaian Pematuhan Akreditasi Penuh (MQA-04) seperti dalam Lampiran 2  (sila rujuk e-mel CQA bertarikh 26 September 2024).
 
3.        Sehubungan dengan itu, CQA akan mengadakan taklimat bagi menerangkan secara terperinci berkaitan perkara ini dan memerlukan maklum balas berkaitan penyediaan dokumen penilaian MQA-04 daripada pihak F/P/I/A semasa sesi diadakan. Oleh itu, YBhg. Datuk/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan dijemput untuk menghadiri sesi ini mengikut ketetapan seperti berikut:
 
      Tarikh      : 04 Oktober 2024 (Jumaat)
      Masa       : 2:30 petang
          Tempat        : Dewan Resital UMS
                  *pautan Webex akan disediakan untuk kakitangan UMS Labuan dan Sandakan
 
4.        Mohon jasa baik YBhg. Datuk/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan untuk mengesahkan kehadiran melalui pautan ini https://forms.office.com/r/VLD6DsSzY6 .
 
Perhatian dan kerjasama YBhg. Datuk/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan berhubung perkara ini amatlah diharapkan dan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
 
Sekian.