Announcement From: Faculty of Engineering

 

Exciting News! The Sustainable Engineering Journal (SUSTEN) is now accepting submissions for the upcoming issue. Don't miss this opportunity to contribute and submit your paper at this link, and be part of this exciting new initiative to advance sustainable engineering research and practice.

SUSTEN submission link:  https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/SE/about/submissions

Submission deadline: 15 February 2025

 

Pengumuman Daripada: Sektor Pendidikan dan Zakat, Pusat Islam UMS

 

BEKERJA dengan tekun adalah lumrah (ciri-ciri/kebiasan amalan) bagi pekerja cemerlang. Bahkan Islam memandang tinggi sifat tekun atau itqan dalam beramal mahupun dalam bekerja sepertimana firman Allah SWT dalam al-Quran: 
 
“Dan katakanlah (wahai Muhammad), beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan Rasul-Nya serta orang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan.” (At-Taubah: 105)
 
Itqan dalam pekerjaan umumnya adalah melaksanakan tuntutan dikehendaki dengan sesempurna atau sebaik mungkin dengan usaha kuat supaya tidak terlewat daripada waktu ditetapkan. Ketekunan bukan bermaksud ia boleh dieksploitasi hingga mendatangkan kezaliman kepada pekerja mahupun majikan.
 
Sumber: Irsyad al-Hadith siri ke-217: Itqan(tekun) dalam setiap pekerjaan, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan 
 
#integritidalamislam
#UMSshare

 

Pengumuman Daripada: Pusat Kelestarian dan Libatsama Masyarakat

 

Pihak PKLM amat mengalu-alukan komen dan cadangan semua warga UMS dan komuniti  mengenai penyampaian perkhidmatan PKLM dengan mengisi KKP yang disediakan di pautan https://bit.ly/KajiankepuasanpelangganPKLM atau imbas kod QR yang disediakan.  
 
Kerjasama YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan amatlah kami harapkan bagi menambah baik mutu perkhidmatan PKLM.  
 
Kesudian YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan untuk mengisi KKP ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan setinggi-tinggi terima kasih.  
 
Sekian dan terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Jaminan Kualiti 

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Jaminan Kualiti (CQA) akan menganjurkan program integriti (perkongsian ilmu) seperti yang dinyatakan di atas yang akan diadakan mengikut ketetapan berikut:
 
Tarikh        : 4 Oktober 2024 (Jumaat)
Masa         : 9.30 pagi - 11.30 pagi
Platform     : Secara atas talian melalui webex
Pautan       : https://tinyurl.com/y4t9m9e5
Penceramah : Puan Sharija Che Shaari , Pensyarah Kanan Fakulti Perniagaan, Ekonomi & Perakaunan (FPEP), UMS