Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan EcoFarm

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
YBhg. Prof. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan/Cik,
 
Pusat Pengurusan EcoFarm (ECOFARM) sentiasa komited dalam memberikan perkhidmatan terbaik untuk semua pelanggan kami. Bagi mencapai matlamat tersebut pihak kami sedang melaksanakan kajian kepuasan pelanggan bagi meningkatkan mutu dan kualiti perkhidmatan kami.
 
Sehubungan itu, mohon jasa baik YBhg. Prof. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan/Cik untuk mengisi Borang Kajian Kepuasan Pelanggan di pautan https://kepuasanpelangganECOFARM atau imbas kod QR di atas.
 
Maklum balas  YBhg. Prof. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan/Cik amat kami hargai.
 
Sekian, terima kasih
 

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pembangunan dan Kecemerlangan Akademik

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
 
Sambutan Minggu Akademia UMS 2025 yang akan bermula dari 3 - 10 Oktober 2025. 
 
Pusat Pembangunan dan Kecemerlangan Akademik (PPKA) akan mengadakan program Wacana Akademia :Pathways to a Successful Career: Insights from Experience yang akan disampaikan oleh YBhg. Dato’ Profesor Dr. Mohammad Shatar bin Sabran,  Ketua Pegawai Eksekutif, Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) pada ketetapan berikut:
 
Tarikh: 6 Oktober 2025 (Isnin)
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Galeri Majlis , Aras 3, Bangunan Canselori 
 
Sekian.

 

Pengumuman Daripada: U-Science UMS

 

Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui U-Science dengan kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) menjemput anda ke satu sesi perkongsian bermanfaat:
 
✨ TEROKAI PARU-PARU ✨
🗣️ Bersama Cik Fatin Khatreena binti Michael l Penolong Pegawai Sains l U-Science, UMS
 
📅 Tarikh: 4 Oktober 2025 (Sabtu)
⏰ Masa: 08.30 pagi – 09.30 pagi
📍 Tempat: Dewan SK Pasir Putih, Tawau
 
🔴 Siaran langsung di YouTube:
 
Jangan lepaskan peluang untuk menimba ilmu mengenai penjagaan paru-paru anda demi kesihatan yang lebih baik.

 

Pengumuman Daripada: U-Science UMS

 

Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui U-Science dengan kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) menjemput anda ke satu sesi perkongsian bermanfaat:
 
✨ SAINS KESIHATAN: TANGAN BERSIH, HIDUP SIHAT ✨
🗣️ Bersama Puan Nur Alhana Aliman | Jururawat, HUMS
 
📅 Tarikh: 4 Oktober 2025 (Sabtu)
⏰ Masa: 9.30 pagi – 10.00 pagi
📍 Tempat: Dewan SK Pasir Putih, Tawau
 
🔴 Siaran langsung di YouTube:
 
Jangan lepaskan peluang untuk menimba ilmu mengenai kepentingan penjagaan kebersihan tangan demi kesihatan yang lebih baik.
 
💡 Tangan Bersih, Hidup Lebih Sihat!