Announcement From: Hospital UMS

 

HUMSPHARMA Year End Sales 2025 Catalogue
Vivify

 

Celebrate the holiday season with HUMSPharma’s Year-End Sale and share the gift of health with your loved ones! Enjoy up to 15% off on supplements, kids’ gummies, and mobility aids. Give wellness this festive season and spread the joy of good health!
 
🛒 Order: https://forms.gle/p1PN8t7jwdLmrRQh7
 

 

Pengumuman Daripada: Pusat Kelestarian Libatsama Masyarakat

 

Pihak PKLM amat mengalu-alukan komen dan cadangan semua warga UMS dan komuniti mengenai penyampaian perkhidmatan PKLM dengan mengisi KKP yang disediakan di pautan https://bit.ly/KajiankepuasanpelangganPKLM atau imbas kod QR yang disediakan.  
 
Kerjasama YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan amatlah kami harapkan bagi menambah baik mutu perkhidmatan PKLM.  
 
Kesudian YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan untuk mengisi KKP ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan setinggi-tinggi terima kasih.  
 
Sekian.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Minda Lestari

 

 

HEBAHAN PERMOHONAN KEMASUKAN MENGIKUTI PROGRAM TASKA, PROGRAM TADIKA, PROGRAM DAYCARE PUSAT MINDA LESTARI, UMS KOTA KINABALU BAGI TAHUN 2026 UNTUK ANAK BUKAN KAKITANGAN UMS
 
Salam sejahtera,
 
Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa PML mempelawa bukan kakitangan UMS yang berminat untuk menghantar anak-anak bagi mengikuti program-program yang ditawarkan di Pusat Minda Lestari, UMS Kota Kinabalu bagi sesi kemasukan tahun 2026.
 
2.        Tarikh permohonan dibuka bermula pada 21 November sehingga 5 Disember 2025 melalui pautan https://forms.gle/yMZCGxrVtSnVjHD56 . Maklumat lanjut permohonan boleh dirujuk dalam poster iklan yang dilampirkan. Sebarang pertanyaan boleh hubungi talian 088-320000 sambungan 202602/202600 (PML Kota Kinabalu).