Pengumuman Daripada: Pusat Persediaan Sains dan Teknologi

 

Assalamualaikum w.b.t  dan Salam Sejahtera  

YBhg Datuk/Prof/Prof Madya/Dr/Tuan/Puan,

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
02. Adalah dimaklumkan bahawa Pihak Pusat Persediaan Sains dan Teknologi (PPST) amat mengalu-alukan aduan/komen dan cadangan semua warga UMS  mengenai mutu penyampaian perkhidmatan PPST dengan mengisi Kajian Kepuasan Pelanggan yang disediakan di pautan  https://erespon.ums.edu.my/kaunter/kepuasan_pelanggan?jafpib=PPST&id=104  atau mengimbas kod QR yang telah disediakan seperti dalam poster.
 
03. Segala kerjasama YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan amatlah kami harapkan bagi menambah baik mutu perkhidmatan PPST.  
 
Kesudian YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan untuk mengisi Kajian Kepuasan Pelanggan ini adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.  

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan

 

Assalammualaikum w.b.t. & salam sejahtera

YBhg. Datuk / Prof. / Prof. Madya / Dr. / Tuan / Puan,

 

Sukacita dimaklumkan bahawa YBhg. Datuk / Prof. / Prof. Madya / Dr. / Tuan / Puan dimohon untuk mengemaskini bidang kepakaran masing-masing berdasarkan Kod MRDCS 7th Edition dengan kadar segera.

Dilampirkan tatacara pengisian maklumat bidang kepakaran untuk rujukan YBhg. Datuk / Prof. / Prof. Madya / Dr. / Tuan / Puan.

 

Sekian, terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Fakulti Sains Dan Teknologi

 

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera YBhg. Prof. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan,

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Sains dan Teknologi (FST) ingin mendapatkan maklum balas berkenaan kajian kepuasan pelanggan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kami dari semasa ke semasa. 

Pihak kami memohon maklum balas daripada YBhg. Prof. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan, untuk melengkapkan soal selidik kajian kepuasan pelanggan melalui imbasan kod QR di poster bagi meningkatkan mutu & kualiti perkhidmatan kami.

 

Sekian dan terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan NR dan Fasiliti Perumahan Pelajar

 

Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani,
 

Dengan hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

Bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kami, mohon kerjasama YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan agar dapat mengisi soal selidik Kajian Kepuasan Pelanggan PNRF melalui QR Kod tersebut. Maklumbalas anda amat kami hargai. 

 
Hasil kajian akan digunakan untuk menambah baik perkhidmatan pada masa hadapan. 
 
Sila imbas kod QR di poster atau melaui pautan: https://shorturl.at/whwOw

Halaman 1 dari 2050