PENGUMUMAN DARIPADA: JABATAN PENDAFTAR
SUBJEK: PEKELILING PENDAFTAR BIL. 10 TAHUN 2017: GARIS PANDUAN PROGRAM SANGKUTAN INDUSTRI KAKITANGAN PENTADBIRAN UMS
 
SEMUA KETUA JABATAN
(Senarai edaran seperti di lampirkan)
 
Y.Brs. Prof./Datin/Dr./Tuan/Puan;
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
2.       Bersama ini disertakan Pekeliling Pendaftar Bilangan 10 Tahun 2017 yang jelas maksudnya mengenai perkara tersebut di atas untuk makluman dan tindakan lanjut pihak Y.Brs. Prof./Datin/Dr./Tuan/Puan.
 
3.       Mohon perkara ini dimaklumkan kepada semua kakitangan di J/F/P/I/U/B masing-masing. Pekeliling tersebut boleh dicapai melalui laman web Jabatan Pendaftar (http://www.ums.edu.my/pendaftar/).
 
Segala perhatian dan kerjasama dari pihak Y.Brs. Prof./Datin/Dr./Tuan/Puan, dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian.

PENGUMUMAN DARIPADA: PUSAT PENYELIDIKAN DAN INOVASI (PPI)
PEGAWAI DIHUBUNGI :  URUS SETIA PENYELIDIKAN, SAMB;1034/4146/1065
SUBJEK:   JEMPUTAN UNTUK MENGEMUKAKAN PERMOHONAN BAGI MENDAPATKAN KELULUSAN MENJALANKAN PENYELIDIKAN MELIBATKAN PENGGUNAAN HAIWAN, DAN KELULUSAN SEBAGAI INVESTIGATOR PROJEK

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.
 
Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan,
 
Sebagaimana yang Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan telah sedia maklum, Kod Amalan Untuk Penjagaan dan Penggunaan Haiwan bagi Tujuan Saintifik telahpun dinyatakan menerusi Pekeliling TNC(P&I) Bil. 2 Tahun 2015.
 
Sehubungan itu, Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan adalah dijemput untuk mengemukakan permohonan yang lengkap kepada Pusat Penyelidikan dan Inovasi (PPI) bagi mendapatkan kelulusan menjalankan penyelidikan melibatkan penggunaan haiwan, dan kelulusan sebagai Investigator Projek seperti di lampiran.
 
Untuk makluman Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan juga, permohonan yang lengkap akan dipertimbangkan dan diluluskan oleh Jawatankuasa Etika Haiwan UMS (JEHUMS) yang dijadualkan akan bersidang pada 15 Jun 2017 (Khamis).
 
Sekian, terima kasih.
 
Lampiran: