Pengumuman Daripada: Institut Penyelidikan Marin Borneo 

 

Para penderma darah budiman,
 
KEMPEN DERMA DARAH SIRI 3/2025
 
Tarikh : 18 November 2025 (Selasa)
Masa : 9.00 pagi - 3.00 petang
Tempat : Akuarium dan Muzium Marin, Institut Penyelidikan Marin Borneo, Universiti Malaysia Sabah 
 
ANJURAN:
IPMB UMS
 
DENGAN KERJASAMA:
Unit Tabung Darah Hospital Queen Elizabeth II
 
#setitikdarahsejutarahmah
#jommendermadarah
#UMSShare

 

Pengumuman Daripada: Perpustakaan UMS

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 

 
2.   Sukacita dimaklumkan bahawa sempena dengan program Baca@Borneo UMS, Jabatan Perpustakaan UMS akan mengadakan sesi Telaah@UMS yang bertujuan untuk menyemarakkan budaya membaca dan penghayatan ilmu kepada masyarakat kampus dan komuniti. 
 
3.   Sehubungan itu, dengan sukacitanya tuan/puan dijemput untuk hadir ke program tersebut yang akan diadakan pseperti ketetapan berikut: 
 
Telaah@UMS Siri 4
Tarikh: 19 November 2025 (Rabu)
Masa: 2:30 Petang 
Tempat: Ruang Majlis, Jabatan Perpustakaan
Panel: Profesor Madya Dr. Lai Yew Meng (Penulis Buku) dan Profesor Madya Ts. Dr. Ejria Saleh (Penulis Buku)
Moderator: Dr. Intan Soliha binti Ibrahim
Tajuk Buku: Pulau Layang-layang, Malaysia's Gem In The South China Sea
 

 

 

Pengumuman Daripada: Pejabat Audit Dalam

 

Salam Sejahtera,
 
Mohon kerjasama  YBhg. Datuk/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan  dapat meluangkan sedikit masa bagi melengkapkan Borang Kajian Kepuasan Pelanggan Pejabat Audit Dalam. 
 
Hasil kajian akan digunakan untuk menambah baik perkhidmatan kepada pelanggan pada masa hadapan.  
 
Kerjasama yang diberikan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sila imbas kod QR di atas atau melalui Pautan: 
 
 
 

 

Pengumuman Daripada: Hospital UMS

 

Katalog HUMSPharma
 
🫀 Tahukah Anda? 
 
Hipertensi (Tekanan Darah Tinggi)
Hipertensi digelar “pembunuh senyap” kerana kebanyakan pesakit tidak ada gejala, tetapi boleh merosakkan jantung, buah pinggang, otak, dan mata jika tidak dikawal.
Kenapa perlu pantau?
✔ Mengesan masalah lebih awal
✔ Menilai keberkesanan ubat atau perubahan gaya hidup
✔ Berkongsi bacaan tepat dengan doktor untuk rawatan yang lebih baik
👉 Kawal kesihatan anda dengan OMRON Blood Pressure Monitor
📌 Dapatkan hari ini di HUMSPharma!
🛒  Pesan Disini
 

 
🍬 Tahukah Anda? 
 
Diabetes
Diabetes berlaku apabila badan tidak dapat menghasilkan atau menggunakan insulin dengan betul, menyebabkan paras gula dalam darah tinggi. Jika dibiarkan, ia boleh membawa kepada kerosakan saraf, kegagalan buah pinggang, masalah jantung, dan buta.
Kenapa perlu pantau?
✔ Mengelakkan paras gula terlalu tinggi atau rendah yang berbahaya
✔ Membantu kawalan diet & senaman harian
✔ Mencegah komplikasi serius dan mengurangkan kos rawatan hospital
👉 Lindungi diri anda dengan Accu-Chek Glucometer – cepat, tepat, dan dipercayai di seluruh dunia.
📌 Kini boleh didapati di HUMSPharma!
🛒  Pesan Disini

Halaman 1 dari 2018