Pengumuman Daripada: Pusat Islam UMS

 

Assalamualaikum WBT YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
Sukacitanya, pihak PIUMS membuka penyertaan Infaq Dapur Rahmah (secara potongan gaji bulanan) kepada semua bagi membantu Jemaah masjid khususnya mahasiswa Universiti Malaysia Sabah yang kurang berkemampuan. Sumbangan ini juga digunakan untuk Program Iftar (Berbuka Puasa) Sepanjang Bulan Ramadan,  Iftar (Berbuka Puasa) Isnin dan Khamis, Kupon Makanan Percuma, Pek Makanan Percuma Infaq Anjung Rahmah, Pek Makanan Percuma Kelas Tafaqquh Fiddin Dan Lain-lain aktiviti kebajikan. 
 
Cara Penyertaan:
Log masuk ke HROnline v4.0
➡ Pilih Menu
➡ Klik Pusat Islam UMS
➡ Pilih Infak
➡ Klik Infak Dapur Rahmah
 
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada: 
📞 Puan Fazelah:016-8655694
📞 Encik Ghazali: 014-9126809
 
Rasulullah SAW bersabda:- "Tidak akan berkurang harta dengan sedekah, dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah SWT tambahkan kemuliaan baginya." (HR Muslim)
 
Semoga sumbangan yang diberikan menjadi saham dan bekalan di akhirat kelak, insya-Allah.
 
#infakdapurrahmah
#umsshare
#umsleadingtowardsinnovativesocieties

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pembangunan dan Kecemerlangan Akademik

 

YBrs. Prof./Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan yang dihormati,

2.  Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Pusat Pembangunan Akademik (PPA) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) akan menganjurkan Karnival SULAM UPSI 2025 pada 29 hingga 30 Oktober 2025 di Dewan SITC UPSI.

3. Untuk makluman YBrs. Prof./Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan, Pertandingan SULAM@UPSI Innovation Showcase 2025 dibuka kepada pelaksana SULAM di kalangan pensyarah dan pelajar IPTA/IPTS seperti butiran berikut: 

🔹 Tarikh permohonan penyertaan: 22 Ogos 2025 hingga 5 Oktober 2025

🔗 Pautan pendaftaran penyertaan: https://forms.gle/HtSN7uysWQdv7jYy9 (atau imbas QR code pada poster)

4.  Sehubungan itu, pihak kami menjemput penyertaan daripada semua IPTA/IPTS yang berminat untuk mempamerkan hasil projek SULAM yang telah dijalankan sepanjang sesi akademik 2024/2025. Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada Dr Hamidah Idris (05-4506546) atau Pn Norhasrina Mohd Idris (05-4506571).

 
 
Sekian.