Pengumuman Daripada: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar

 

Bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan yang sedia ada secara berterusan, mohon jasa baik YBhg. Prof. Dr/Prof. Madya Dr/Dr/Tuan/Puan, untuk mengisi Borang Kajian Kepuasan Pelanggan dan memberikan maklum balas serta cadangan penambahbaikan.  

 

Hasil kajian akan digunakan untuk menambah baik perkhidmatan kepada pelanggan pada masa hadapan. Sila imbas Kod QR di atas atau melalui pautan: https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSecyBWnhY2ZVdGnnUp643SZy0_tF9VmKHgXUH5PIIOZW5tqHA/viewform?usp=pp_url&entry.827648600=BPSM

 

Perhatian dan maklum balas YBhg. Prof. Dr/Prof. Madya Dr/Dr/Tuan/Puan, amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Kerjaya dan Pembangunan Keusahawanan Pelajar (PKPKP)

 

Sukacita dimaklumkan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) sama ada di peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda yang akan menjalani Latihan industri pada semester seterusnya adalah dipelawa untuk menjalani latihan industri di Pusat Kerjaya dan Pembangunan Keusahawanan Pelajar UMS (PKPKP). Penempatan pelajar latihan industri di Sektor/Unit adalah disesuaikan mengikut bidang pengajian yang dipelajari. 

 

Pusat Kerjaya dan Pembangunan Keusahawanan Pelajar adalah bersesuaian dengan pelajar yang ingin menjalani latihan industri tidak kira di dalam bidang keusahawanan, pengurusan pejabat, pemasaran, kaunseling dan perniagaan seterusnya juga sesuai untuk pelajar yang ingin mendapatkan pengalaman bekerja di dalam sebuah organisasi. 

 

Sebarang pertanyaan dan permohonan boleh dihantar melalui e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Sekian terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan (PPP)

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah membuka permohonan Dana Penyelidikan Kementerian Pendidikan Tinggi (DP KPT) Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) Tahun 2023 mulai 15 Februari 2023.

Pembukaan permohonan ini dilaksanakan secara dalam talian menggunakan MyGRANTS (Malaysia Greater Research Network System) yang boleh diakses seperti di pautan  https://mygrants.gov.my .

Tarikh tutup permohonan bagi skim geran penyelidikan ini adalah 14 April 2023 (termasuklah penulisan Proposal/ Penilaian/ Penambahbaikan)

Terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan (PPP)

 

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. 

  1. Kerjasama pihak YBrs. Prof./Dr./tuan/tuan adalah dimohon mengemaskini maklumat profilPenyelidik di dalam Sistem MyGRANTS untuk tahun 2023. Pengemaskinian maklumat tersebut perlu dibuat sebelum atau pada 15 Februari 2023 (Rabu).  
  2. Segala perhatian YBrs. Prof./Dr./tuan/tuan berhubung perkara ini amatlah dihargai.