Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan EcoCampus

 

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.

Yang dihormati Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan

 

Sukacita dimaklumkan Pusat Pengurusan EcoCampus UMS sedang melaksanakan Kajian Kepuasan Pelanggan bagi tujuan penilaian dan meningkatkan kualiti perkhidmatan bagi tahun 2023.

Bagi tujuan tersebut kami mohon kerjasama YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan agar dapat mengisi soal selidik kajian kepuasan pelanggan melalui pautan di bawah:

 

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSecyBWnhY2ZVdGnnUp643SZy0_tF9VmKHgXUH5PIIOZW5tqHA/viewform?usp=pp_url&entry.827648600=ECOCAMPUS

 

Terima kasih atas kerjasama untuk menjadi responden dalam kajian ini serta menjadi pelanggan setia kami.

 

Pengumuman Daripada: Galeri Azman Hashim UMS (GAH-UMS)

 

YBrs. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan,

 

Pihak Galeri Azman Hashim UMS telah mula menggunakan Borang Tempahan Penggunaan Ruang Galeri Azman Hashim UMS bagi tujuan melancarkan proses permohonan penggunaan ruang di GAH-UMS. YBrs. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan boleh mengimbas kod QR atau membuat permohonan melalui pautan URL: https://forms.office.com/r/cNeQKu70vw .

Untuk sebarang pertanyaan atau makluman lanjut, sila emelkan ke alamat emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 

Sekian, terima kasih.