Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Strategik dan Komunikasi Korporat

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Prof. Madya Dr. Normah Abdul Latip atas pelantikan sebagai Pengarah Institut Kajian Orang Asal Borneo (BorIIS).

 

Pengumuman Daripada: Institut Penyelidikan Bioteknologi

Subjek: Jemputan Menyertai "BRI Eminent Speaker Series"

 

YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya Institut Penyelidikan Bioteknologi menjemput YBhg Prof./Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan bersama-sama dalam acara BRI Eminent Speaker Series seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 29 Jun 2022 (Rabu)

Masa: 10.00 Pagi - 12.00 Tghari

Pautan WEBEX: https://ums-edu-my.webex.com/ums-edu-my/j.php?MTID=mb1a11a9f62fdaf89728bb33ad36950e1

Penceramah: Prof Dr Jong Soo Lee (Felo Penyelidik Bersekutu, Institut Penyelidikan Bioteknologi)

Tajuk Ceramah: Study on Phytochemical Compounds from Mangosteen Pericarp Extract. (Subtitle: Utility of alpha-mangostin and how to separate it effectively.)

Yuran penyertaan adalah percuma dan mata IDP disediakan.

 

Sekian. Terima Kasih.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Alumni

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

YBhg. Prof. Dato’/ YBrs. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,

MENJEJAK ALUMNI UNIVERSITI MALAYA (UM) DI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS)

 Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Hubungan Alumni dan Kemajuan Institusi (CARIA) berhasrat ingin menjejaki Alumni UM yang bekerja di UMS.  Sehubungan itu, besarlah harapan kami YBhg. Prof. Dato’/ YBrs. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan mendaftar di Google Form di bawah.

Bersama-sama ini dilampirkan pautan pendaftaran Google Form untuk tindakan lanjut pihak YBhg. Prof. Dato’/ YBrs. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan.

Sebarang pertanyaan berkenaan perkara ini boleh menghubungi Encik Muhammad Izat bin Abu Talib , 018 - 285 4893  dan alamat emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. /' Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Segala kerjasama dan perhatian yang diberikan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, Terima Kasih

Pusat Hubungan Alumni & Kemajuan Institusi (CARIA)
Centre for Alumni Relations & Institutional Advancement 
Aras 8, Canseleri
Universiti Malaya
50603 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: +603-7967 7803/4430/4439/6261 | Faks: +603-7957 4412