Pengumuman Daripada: Pusat Pengajian Pascasiswazah, UMS

 

 

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,

YBhg. Prof./Dr. /Tuan/Puan,

Adalah dimaklumkan bahawa, Pusat Pengajian Pascasiswazah UMS sedang melaksanakan kajian kepuasan pelanggan bagi meningkatkan mutu dan kualiti perkhidmatan kami dari semasa ke semasa.

Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan untuk mengisi Borang Kajian Kepuasan Pelanggan kami di pautan berikut:

Klik Di Sini

atau dengan mengimbas kod QR di dalam poster.

Maklum balas anda amatlah kami hargai bagi membantu dalam meningkatkan tahap perkhidmatan kami secara berterusan. Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan dalam mengisi dan menjadi responden kajian kepuasan pelanggan ini.

Sekian.

 

PENGUMUMAN DARIPADA: JABATAN HAL EHWAL PELAJAR (JHEP)

SASARAN: SEMUA (PELAJAR/STAF PENTADBIRAN/STAF AKADEMIK/UMUM)

 

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.

YBhg. Prof. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan,

Adalah dimaklumkan bahawa JHEP sedang melaksanakan kajian kepuasan pelanggan bagi meningkatkan mutu dan kualiti perkhidmatan kami.

2. Sehubungan dengan itu, mohon jasa baik YBhg. Prof. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan untuk mengisi Borang Kajian Kepuasan Pelanggan di pautan berikut: https://cutt.ly/HOFUFlj

3. Pandangan YBhg. Prof. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan amatlah kami hargai bagi membantu dalam meningkatkan tahap perkhidmatan kami secara berterusan. Pihak kami mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian YBhg. Prof. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan dalam mengisi dan menjadi responden kajian kepuasan pelanggan ini.

Sekian dan terima kasih.