Pengumuman Daripada: Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar, UMS

 

 

JEMPUTAN MENGHADIRI LEADERSHIP TALK SERIES 2/2022 - WOMEN IN LEADERSHIP : INSPIRING POSITIVE TRANSFORMATION

 

Dengan segala hormat perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan kepada pihak YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia akan menganjurkan Leadership Talk Series 2/2022 - Women in Leadership: Inspiring Positive Transformation yang akan diadakan pada ketetapan berikut :

 

Tarikh : 5 April 2022 (Selasa)

 

Masa : 10.00 pagi

 

Penceramah : YBhg. Prof. Emerita Datuk Dr. Asma Ismail, IBN SINA Chair Holder,IIUM

 

Platform :

Zoom Link: https://bit.ly/IIUMLEADERSHIP2022

Youtube : https://bit.ly/MSDYoutube

i-Attend: https://bit.ly/3iOcDwO

 

3. Sehubungan itu, pihak YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan dijemput untuk menghadiri program tersebut. Mata IDP akan diberikan kepada kakitangan yang hadir. Turut dilampirkan poster program untuk rujukan pihak YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan.

 

4. Sebagai makluman pihak YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan, universiti menyasarkan agar kakitangan akademik yang memegang jawatan pentadbiran menghadiri sekurang-kurangnya satu kursus bersifat kepimpinan bagi memastikan bakat kepimpinan universiti dibekalkan dengan latihan yang sewajarnya.

 

Segala kerjasama dan perhatian pihak YBhg. Datuk/Prof./Dr/Tuan/Puan ke program ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: U-Science UMS

 

 

Program ini adalah kolaborasi bersama U-Science dan Pusat Kokurikulum & Pemajuan Pelajar (PKPP) UMS. Program ini mendapat sokongan sepenuhnya oleh Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi Sabah.

 

YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan adalah dijemput untuk menyertai STEM Speaker Series yang akan bersiaran secara "Live" di YouTube Platform (Channel : PUSAT USCIENCE UMS).

 

Topik : SYOK BAH TAGAL : MEMAHAMI KEPENTINGAN MANUSIA TERHADAP ALAM SEKITAR MELALUI SISTEM TAGAL

Tarikh : 07 April 2022 (Khamis)

Masa : 10.00 AM

Pautan YouTube Live : https://youtu.be/JpkC8BpTY-U

 

E-Sijil, mata IDP/SDP akan diberikan kepada semua peserta.

 

Terima Kasih.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan, UMS

 

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

 

YBhg. Prof. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan,

 

Adalah dimaklumkan bahawa, PPIP sedang melaksanakan kajian kepuasan pelanggan bagi meningkatkan mutu dan kualiti perkhidmatan.

 

2. Sehubungan dengan itu, mohon jasa baik YBhg. Prof. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan untuk mengisi Borang Kajian Kepuasan Pelanggan di pautan berikut:

 

https://tinyurl.com/PPIP-KP

 

3. Pandangan YBhg. Prof. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan amatlah kami hargai bagi membantu dalam meningkatkan tahap perkhidmatan kami secara berterusan. Pihak kami mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian YBhg. Prof. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan dalam mengisi dan menjadi responden kajian kepuasan pelanggan ini.

 

Sekian dan terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Penerbit UMS

 

 

YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan adalah dipohon agar dapat mengisi soal selidik kajian kepuasan pelanggan Penerbit UMS (bagi bulan Januari-Mac 2022) melalui imbasan kod QR di poster atau pautan berikut;

 

shorturl.at/xzS69

 

Kerjasama YBhg. Datuk / Prof. /Dr. / Tuan / Puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.