Pengumuman Daripada: Jabatan Bendahari

 

YBhg. Datuk/Datin/YBrs. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,

Selaras dengan surat daripada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam bertarikh 10 April 2023 [JPA.800-3/2/4(27)] berhubung Perubahan Tarikh Bayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri Tahun 2023 Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Dan Pesara Kerajaan, Kerajaan telah bersetuju untuk membuat perubahan ke atas tarikh pembayaran BKKA Tahun 2023 kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Dan Pesara Kerajaan daripada 17 April 2023 kepada 14 April 2023.

Kenyataan media YAB Perdana Menteri pada 10 April 2023 turut menyatakan Kerajaan memutuskan bayaran BKKA kepada penjawat awam Gred 56 dan ke bawah, termasuk pegawai/ kakitangan lantikan kontrak, akan dibuat bersama dengan bayaran emolumen bulan April dan diawalkan ke 14 April 2023 daripada 17 April 2023.

Sehubungan itu, Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU) Bil. 5/2023 pada 13 April 2023 telah bersetuju dan meluluskan pembayaran gaji bulan April 2023 dibayar pada 14 April 2023 (Jumaat) bagi membantu meringankan beban kewangan kakitangan UMS dalam membuat persediaan menyambut perayaan Hari raya Aidilfitri yang tidak lama lagi.

Sekian, terima kasih.

 

“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

Sektor Perkhidmatan Kakitangan

Bahagian Bayaran Pembekal dan Kakitangan

Jabatan Bendahari

13 April 2023

 

Pengumuman Daripada: Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan

 

Warga Kampus yang dihormati sekalian, JPP perlu membuat penutupan bekalan elektrik seperti ketetapan berikut:

 
Tarikh: 23hb April 2023 (AHAD)

Anggaran Tempoh: 7 jam (9:00 pagi- 4:00 petang)

Tujuan: Kerja-kerja pengalihan kabel di Jalan HUMS

Lokasi yang telibat: Kolej Kediaman Tun Pangiran Ahmad Raffae (Kampung E), Bangunan Pascasiswazah, Bangunan DKP BAHARU (DKP2) dan Bangunan Bahagian Perkhidmatan Akademik (BPA). 

Sekiranya terdapat sebarang halangan bagi meneruskan kerja di atas, pihak tuan/puan boleh menghubungi Ts. Nurul Ain Binti Abdullah, Timbalan Ketua Jurutera Elekrik, JPP (013-8791017) atau En. Zasmin bin Utuh, Penolong Jurutera Elektrik, JPP (013-892 6428)

JPP amat menghargai kesabaran anda dan segala kesulitan amatlah dikesali.

Sekian, terima kasih. 

 

Pengumuman Daripada: Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (FSMP)

 

Sempena kehadiran lebaran akan datang, Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (FSMP) membuka tempahan jualan "RENDANG RAYA" bermula 12 hingga 19 April 2023 (Rabu). Tarikh pengambilan rendang adalah pada 20 & 21 April 2023 (Khamis & Jumaat). 

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Encik Khairuddin di talian 012-3293065 / Encik Awang Jusu (016-2392768) https://wa.link/uj18z0 atau tempahan terus pada pautan https://forms.office.com/r/VG0zXbWCay 

 

Announcement From: Faculty of Psychology and Education

 

 

✨Assalamualaikum and greetings everyone! Salam Eco Campus✨
 
THE SPECTRUM OF AUTISM
 
World Autism Month is marked each 2nd April with World Autism Awareness Day. This has been observed for 16th time this year.🌎🌼
Join us in raising awareness of autism and learning more about it!✨
🌈Date: 13th April 2023
🌈Location: Mini Auditorium, Education Block, Faculty of Education and Psychology
🌈Time: 9.00 a.m.–12.00 p.m.
 
✅SDP Points provided (UMS Student)
✅Free Registration
✅E-certificate provided
 
To register, fill in the google form link or scan the QR code. Thank you and see you soon!🫶🏻🫶🏻🫶🏻
 
📌 Webinar Zoom
https://us05web.zoom.us/j/8133664582?pwd=ejlxSDZiN09xOWNTeHhtMFB1amU2QT09
 
📌Registration Link
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSe-GwA7SbWEkzhIA-HGrF4oR4KhLn38AWr4avEwYGVHJbQqsA/viewform?usp=pp_url
 
Do you have any questions? May contact:-
👤+60 13-307 0472 (Farwizah)
👤 +60 11-1412 4438 (Roziah)
 
“TOWARDS MORE INCLUSIVE WORLD”
 
“We Share, We Care”