Pengumuman Daripada: Bahagian Kejuruteraan Mekanikal dan Elektrikal, Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan

 

Dato/Datin/Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,
 
Assalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera,
 
NOTIS PEMAKLUMAN PENUTUPAN BEKALAN ELEKTRIK RING 6 (KOLEJ KEDIAMAN TUN PANGIRAN AHMAD RAFFAE (KKTPAR), DKP 2 (BAHARU) DAN BANGUNAN PASCASISWAZAH PADA 09HB MAC 2025 (AHAD)
 
Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.
 
Adalah dimaklumkan bahawa penutupan bekalan elektrik Ring 6 perlu dilaksanakan pada ketetapan seperti berikut:
 
Tarikh         :         09hb Mac 2025 (Ahad)
Masa           :         8.00 Pagi sehingga 5.00 Petang
Bangunan   :         KKTPAR, DKP 2 (BAHARU), PASCASISWAZAH
Tujuan        :         Testing & Commisioning  Switchgear Baharu dan kabel Bawah Tanah
 
Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan perkara di atas, pihak YBhg.Datuk/Datin,Prof.,Dr.,Tuan/Puan boleh lah berhubung terus dengan Ir. Ts. Hernnie John, Ketua Sektor Kejuruteraan Elektrik, JPP  (016-818 0881), En. Mohd Affandy Damit, Penolong Jurutera Kanan, JPP (019-831 2146) atau En. Zasmin bin Utuh, Penolong Jurutera Elektrik, JPP (013-892 6428).  
 
Segala kesulitan amatlah dikesali.

 

Pengumuman Daripada: Hospital UMS

 

Transcranial Direct Current Stimulation (TDCS) adalah teknik neuromodulasi bukan invasif yang menggunakan arus elektrik rendah untuk merangsang otak, membantu pemulihan strok dan kecederaan otak, kesakitan saraf kronik, gangguan pergerakan, masalah kognitif dan mental seperti kemurungan dan kegelisahan.

 
✔️ Selamat & tidak invasif
✔️ Meningkatkan keberkesanan terapi rehabilitasi
✔️ Menyokong pemulihan fungsi otak & fizikal
 
Siapa yang sesuai?
🔹 Pesakit strok dan kecederaan otak dengan masalah pergerakan
🔹 Individu dengan kesakitan neuropatik kronik
🔹 Pesakit Parkinson, Alzheimer dan masalah neurologi lain
🔹 Mereka yang mengalami gangguan kognitif atau nyanyuk
🔹 Individu dengan kemurungan, kegelisahan atau masalah kesihatan mental lain
 
Ketahui lebih lanjut di Jabatan Perubatan Rehabilitasi, Hospital UMS!
 
#TDCS #NeuroRehab #RehabilitasiHUMS #PemulihanStrok #PemulihanKecederaanOtak #NeuromodulationTherapy #BrainStimulation #AdvancedRehabilitation