- Jumlah paparan: 1
Pemakluman Pelaksanaan Penilaian Pematuhan Akreditasi Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
Pengumuman Daripada: Pusat Jaminan Kualiti (CQA)
PEMAKLUMAN PELAKSANAAN PENILAIAN PEMATUHAN AKREDITASI AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA (MQA)
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
- Sebagaimana maklum, UMS telah menerima surat makluman MQA, MQA.600-2/3/1 (13) bertarikh 20 Ogos 2024 berkaitan program-program yang terlibat dalam penilaian Pematuhan Akreditasi MQA. Lawatan penilaian melibatkan 115 program akademik UMS ini akan dilaksanakan secara berfasa (Fasa 1-6) dalam tempoh 20 Ogos sehingga 09 Oktober 2025 mengikut ketetapan masa MQA.
- Sehubungan itu, bersama ini diedarkan poster jadual penilaian Pematuhan yang dimaksudkan untuk perhatian dan tindakan pihak YBhg. Datuk/ YBrs. Prof./ Dr. selanjutnya.
Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/ YBrs. Prof./ Dr. berhubungan perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.