Pengumuman Daripada: Bahagian Integriti UMS
- i. Menyokong pelaksanaan inisiatif dan program berkaitan integriti yang dianjurkan oleh BIUMS di peringkat organisasi;
- ii. Menjadi pemudah cara dalam penyebaran maklumat, dasar serta amalan berkaitan integriti dan tadbir urus baik kepada warga UMS;
- iii. Menggalakkan penglibatan aktif dalam kalangan warga UMS untuk menyertai aktiviti yang memupuk nilai-nilai integriti, akauntabiliti dan kebertanggungjawaban;
- iv. Menjadi penghubung strategik dalam usaha mengenal pasti, melapor dan menangani isu berkaitan integriti secara beretika dan profesional.