Pengumuman Daripada: Pusat Komunikasi Korporat

 

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Prof. / Dr. / Tuan/ Puan,

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN PENGARAH DI AKADEMI KEPIMPINAN PENDIDIKAN TINGGI, KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI

 

Kementerian Pendidikan Tinggi mempelawa permohonan dari warganegara Malaysia/ penjawat awam yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan atau Badan Berkanun yang berkelayakan bagi pengisian jawatan seperti berikut :

1.

Jawatan

:

Pengarah, Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi

Gred Utama B (Terbuka)

2.

Kementerian/Jabatan

:

Kementerian Pendidikan Tinggi

3.

Kumpulan Perkhidmatan

:

Pengurusan Tertinggi

4.

Taraf Jawatan

:

Peminjaman/ Pertukaran Sementara/ Kontrak

 

Iklan Kekosongan Jawatan Pengarah Di Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi
 Lampiran A - Borang Maklumat Peribadi

CARA MEMOHON

(a)      Calon-calon yang berminat boleh mengemukakan permohonan dengan menyertakan bersama dokumen-dokumen seperti berikut :

 

  1. Borang Maklumat Peribadi (berserta gambar berukuran passport);
  2. Curriculum vitaeyang lengkap dan terkini berserta pengalaman perkhidmatan;

iii.        Ringkasan mengenai perancangan sekiranya dilantik;

  1. SalinanSijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  2. SalinanSijil Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana/ PhD;
  3. Senarai tugas/ deskripsi tugas pegawai terkini**;

vii.      Salinan Buku Perkhidmatan Kerajaan/ kenyataan perkhidmatan yang lengkap dan telah dikemaskini (bermula perkhidmatan sehingga yang terkini)**; dan

viii.     Salinan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan bagi tiga (3) tahun yang terkini (Tahun 2020, 2021 dan 2022)**.

                ** bagi calon Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan/ Badan Berkanun sahaja.

(b)      Calon yang terdiri daripada Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan/ Badan Berkanun hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing (covering letter).

(c)       Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar melalui emel ke alamat Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

(d)      Calon-calon yang layak dan disenarai pendek akan dihubungi untuk sesi temu duga.

(e)     Tarikh tutup permohonan adalah pada  7 Ogos 2023.

(f)       Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi:

         Puan Hanis Huzaira binti Abd Hanan

         Pendaftar

         Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi

         No. Tel.: 06-7979599

         Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 

 

 

Pengumuman Daripada: Pusat Kerjaya dan Pembangunan Keusahawanan Pelajar UMS

 

SERY kembali lagi! Jom sertai SERY! 🔥⚡️ Daftar sebelum 31 Julai 2023 (sebelum 5pm)
 
Pernah tak anda terfikir yang idea anda boleh menyelesaikan isu sosial dan memberi impak ekonomi kepada komuniti luar bandar? ✌🏻
Adakah anda tahu idea dan keprihatinan anda boleh menjadi perniagaan? 🤔
Dalam kata mudah, hasil dari idea dan inovasi  yang berjaya dikembangkan akan menyelesaikan isu-isu berkaitan  komuniti dan persekitaran! 🌳🌎
 
Sertai kami dan kami bantu anda untuk:
✅ Memberi impak sosioekonomi
✅ Menyelesaikan masalah sosial
✅ Menyediakan peluang pekerjaan
✅ Membantu persekitaran
 
 📩 Ayuh Sertai Program Keusahawanan Sosial Belia: Social Entrepreneurship for Rural Youth (SERY) yang dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negara, KBS 🏁
📚Program berbentuk latihan berstruktur ini bertujuan membangunkan potensi belia dalam bidang keusahawanan sosial, dengan fokus untuk mengupayakan belia menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi dan komuniti luar bandar.
 
Syarat penyertaan:

1. Pertandingan ini terbuka kepada semua belia warganagera.

2. Kategori usia: 18-30 tahun (Pelajar IPT/Orang Awam);

3. Idea keusahawanan sosial anda haruslah tergolong dalam salah satu kategori di bawah:

    a. Pembangunan Komuniti,
    b. Alam Sekitar

4. Setiap kumpulan dikehendaki mencadangkan satu idea keusahawanan sosial yang boleh menangani masalah sosial;

5. Penyertaan berkumpulan (minimum 3 orang dan maksimum 5 orang)

6. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 Julai 2023 (sebelum 5pm).

📲 Untuk maklumat lanjut, layari bit.ly/SERY2023 atau emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 
Belia Sejahtera, JBSN Bersama 💪🏽
 
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#SERY2023
#pkpkpUMS #UniversitiMalaysiaSabah #UMS
#keusahawanansosial
 

 

Announcement From: Career and Student Entrepreneurship Development Centre

 

Entrepreneurs in Sabah, don't  forget to register before 28th July 2023! tThis is your opportunity to win RM10,000 grant
 
Calling all aspiring entrepreneurs in Sabah!
Do you have business ideas with positive environmental and social impact potential?
Shell LiveWIRE Malaysia wants to help you accelerate your impact idea!
 
Five winners from Sabah will receive a RM10,000 grant and expert guidance from Shell. Five winners at the national level will win an additional grant of RM30,000.

registration for pre-accelerator bootcamp Sabah closes on the 28th July 2023
 
*Terms and conditions apply.
 
#ShellLiveWIREMy
#pkpkpshare
#universitimalaysiaSabah
#siswapreneurUMS
#Ums
#peluangkeusahawanan

 

Pengumuman Daripada: Pusat Kerjaya dan Pembangunan Keusahawanan Pelajar UMS

 

Hi semua!

 
Anda mempunyai semangat menjalankan kerja amal atau sukarelawan? mempunyai idea untuk menyelesaikan masalah komuniti? program SEEd.Lab adalah untuk anda!

 

🎓 Terbuka kepada pelajar tahun akhir dan alumni di Universiti-Universiti di Sabah! anda berpeluang untuk mendapatkan elaun lebih daripada RM2,000 di setiap 4 fasa program ini. Program akan bermula dalam bulan Oktober 2023. Jangan lepaskan peluang ini bakal graduan dan alumni Universiti di Sabah! daftar sebelum 11 Ogos 2023 di http://seedlab.my
 
Bagi yang ingi dapatkan maklumat lanjut berkenaan program ini, SEEd.Lab akan mengadakan sesi Sembang Kupi bersama-sama warga Sabah di Kota Kinabalu (24 Julai 2023), Ranau (25 Julai 2023) dan Keningau (26 Julai 2023). 
 
Kita akan bincang mengenai perusahawan sosial dan bagaimana ia boleh membantu komuniti. Sempena pengumuman pengambilan peserta baru untuk Kohort 3 di SEEd.Lab, kami juga ada sesi soal dan jawab sekiranya anda ada apa pertanyaan tentang Kohort 3 SEEd.Lab. Jemput datang beramai-ramai! Daftar disini: https://forms.gle/6aZfMyjU3rsBHPwu9  
 
 Untuk butiran lanjut , anda juga boleh hubungi  SEED.Lab di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.