Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan, UMS

 

 

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan,

 

Sukacita dimaklumkan bahawa, pihak Pusat Pengurusan Penyelidikan akan mengadakan Kursus Pemerkasaan Penyelidik UMS yang bertujuan untuk memperkasakan para pensyarah UMS dalam hal-hal berkaitan penyelidikan. Sijil tamat menghadiri semua kursus ini diperlukan untuk permohonan geran dalam di UMS.

 

Permohonan untuk menghadiri kursus boleh dibuat melalui Google Form yang berikut : 

 

https://forms.gle/iqLSUwoqAY6qhgdYA

 

Sehubungan itu, dipohon kerjasama di pihak YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan untuk hebahan di peringkat JAFPIB masing-masing.

 

Sekian, terima kasih.

 

Sebarang pertanyaan lanjut:

Bahagian Pengurusan Kecemerlangan Penyelidikan, Pusat Pengurusan Penyelidikan

💻📨 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

🌶️📲 088-320 000 Ext : 101846

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar, UMS

 

Lampiran:

i. Tatacara Permohonan Pengesahan Dalam Perkhidmatan Kakitangan UMS

ii. Syarat Pengesahan Dalam Perkhidmatan Kakitangan UMS (Akademik) DU51P

iii. Syarat Pengesahan Dalam Perkhidmatan Kakitangan UMS (Akademik) Kumpulan Pengurusan & Profesional

iv. Syarat Pengesahan Dalam Perkhidmatan Kakitangan UMS (Pentadbiran)

 

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa, permohonan Pengesahan Dalam Perkhidmatan Kakitangan Universiti Malaysia Sabah Bil.2/2022 telah dibuka.

Sehubungan itu, dilampirkan maklumat berhubung permohonan Pengesahan Dalam Perkhidmatan untuk panduan dan rujukan YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan.

 

 

 

Pengumuman Daripada: Pusat Islam UMS

 

 

Assalamu'alaikum WBT dan Salam Sejahtera,

 

YBhg. Prof./Dr. /Tuan/Puan,

 

2. Adalah dimaklumkan bahawa, Pusat Islam UMS sedang melaksanakan kajian kepuasan pelanggan bagi meningkatkan mutu dan kualiti perkhidmatan kami dari semasa ke semasa.

 

3. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan untuk mengisi Borang Kajian Kepuasan Pelanggan kami di pautan berikut:

shorturl.at/cuGW3

atau dengan mengimbas QR di dalam Flyer

 

4. Maklumbalas anda amatlah kami hargai bagi membantu dalam meningkatkan tahap perkhidmatan kami secara berterusan.

 

Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan dalam mengisi dan menjadi responden kajian kepuasan pelanggan ini.

 

Sekian.