Pengumuman Daripada: Pusat E-Pembelajaran

 

📣 PENCALONAN PENERIMA ANUGERAH MAJLIS ANUGERAH E-PEMBELAJARAN 2025
 
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
 
Pusat e-Pembelajaran dengan sukacitanya menjemput semua wakil F/A/P/I atau warga UMS untuk mengemukakan pencalonan bagi kategori anugerah yang tersedia.
 
Siapa boleh mencalonkan?
✔ Diri sendiri  ✔ Fakulti/Akademi/Pusat/Institut  ✔ Rakan sekerja

Mohon kerjasama YBhg Datuk / Prof /Dr / Tuan /Puan untuk mengisi maklumat calon melalui borang pencalonan yang telah disediakan pada pautan berikut:
 
 
Hanya kemukakan bukti yang diperlukan dan bantu kami mengenal pasti dan mengiktiraf individu atau kumpulan yang membawa impak signifikan dalam dunia e-pembelajaran.
 
Tarikh tutup penghantaran:
🗓️ 8 Disember 2025 (Isnin)
 
Mohon kerjasama untuk menghebahkan maklumat ini kepada semua staf di FAPI masing-masing agar penyertaan dapat dimaksimumkan. Kerjasama dan sokongan YBhg Datuk / Prof /Dr / Tuan /Puan dalam menjayakan proses pencalonan ini amat dihargai.
 
Sekian dan terima kasih.  
 
 

 

Pengumuman Daripada: Perpustakaan UMS

 

 Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.
 
📢 NOTIS PEMAKLUMAN
 
Bilik Penyelidikan Pasca Siswazah kini dibuka semula dan beroperasi seperti biasa!
📍Ruang baharu bertempat di Aras 1, Perpustakaan Induk, Kampus Kota Kinabalu, dan sedia digunakan oleh semua pelajar pasca siswazah bagi tujuan penyelidikan dan rujukan akademik.
 
Terima kasih atas kesabaran dan kerjasama anda sepanjang tempoh penutupan sebelum ini.
 
#NotisPemakluman
#BilikPenyelidikanPascaSiswazah
#PerpustakaanUMS
#UniversitiMalaysiaSabah
#UMSGlobalReputation
#UMSBrainofBorneo
 

 

Pengumuman Daripada: Pusat Minda Lestari

 

Senarai Daycare 2026
Senarai Taska 2026
Senarai Tadika 2026
Senarai Taska (Sandakan) 2026

KEPUTUSAN PERMOHONAN YANG BERJAYA MENGIKUTI PROGRAM TASKA, PROGRAM TADIKA, PROGRAM DAYCARE PUSAT MINDA LESTARI, UMS KOTA KINABALU DAN PUSAT MINDA LESTARI DI FAKULTI PERTANIAN LESTARI, UMS SANDAKAN BAGI SESI KEMASUKAN TAHUN 2026

Salam Sejahtera,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Pengambilan dan Kemasukan Kanak-kanak/Murid PML tahun 2025 yang telah bersidang pada 21 November 2025 telah meluluskan permohonan untuk mengikuti program di Pusat Minda Lestari, Universiti Malaysia Sabah bagi sesi 2026 adalah seperti di lampiran.

03. Sehubungan itu, pemohon boleh membuat semakan surat tawaran dan makluman pendaftaran bagi sesi 2026 bermula 1 Disember 2025 di pautan https://pml.ums.edu.my, log masuk menggunakan ID dan Kata Laluan active directory kakitangan masing-masing.

 

Sekian dan terima kasih.

 

 

 

Announcement From: EcoCampus Management Centre

 

Adamson University of Philippines invites you to the 10th Regional Conference on Campus Sustainability 2026, happening on April 16–17, 2026.
 
This hybrid event at Adamson University and by online highlights Circular Economy in Higher Education and welcomes paper submissions, researchers, and sustainability advocates.
 
Secure your slot and join the conversation shaping sustainable campuses. Thank you.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Instrumentasi dan Perkhidmatan Sains 

 

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,
 
YBhg. Prof. Dr./Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan,
 
PEMAKLUMAN PERKHIDMATAN INSTRUMEN DI PUSAT INSTRUMENTASI DAN PERKHIDMATAN SAINS (PIPS)
 
Sukacita dimaklumkan bahawa poster hebahan berkaitan perkhidmatan instrumen yang disediakan oleh Pusat Instrumentasi dan Perkhidmatan Sains (PIPS), Universiti Malaysia Sabah dilampirkan bersama untuk makluman dan rujukan YBhg. Prof./Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan.
 
Sekian, terima kasih.

Halaman 1 dari 2028