Pengumuman Daripada: Akademi Seni dan Teknologi Kreatif

 

 

 

YBhg. Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan/Encik/Cik,
 
JEMPUTAN KE PROGRAM PENILAIAN PROJEK AKHIR PELAJAR TAHUN 3 AKADEMI SENI DAN TEKNOLOGI KREATIF, UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
      
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
2.    Dimaklumkan Penilaian Projek Akhir Pelajar Tahun 3 bagi Program Seni Kreatif, Seni Muzik dan Teknologi Seni Visual, Akademi Seni dan Teknologi Kreatif akan diadakan sepanjang bulan Jun – Julai 2025. Sehubungan dengan itu, pihak Akademi dengan berbesar hati menjemput YBhg. Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan/Encik/Cik untuk hadir menyaksikan program penilaian pelajar ini mengikut tarikh-tarikh yang dinyatakan dalam poster yang dilampirkan.
 
3.    Bersama-sama ini dilampirkan poster penilaian projek akhir sepanjang bulan Jun – Julai 2025 untuk makluman dan rujukan pihak YBhg. Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan/Encik/Cik selanjutnya.
 
Segala perhatian dan kerjasama YBhg. Dato’/Dr./Tuan/Puan/Encik/Cik berhubung perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan

 

Garis Panduan Penubuhan Pengurusan Entiti Penyelidikan UMS - Ogos 2023
Garis Panduan Penubuhan Pengurusan Living Lab - Ogos 2023
LAMPIRAN B Kertas Kerja Permohonan sebagai Pusat Kecemerlangan Penyelidikan
LAMPIRAN C Kertas Kerja Permohonan sebagai Pusat Penyelidikan
LAMPIRAN D Kertas Kerja Permohonan sebagai Makmal Penyelidikan Diiktiraf
LAMPIRAN E Kertas Kerja Permohonan sebagai Makmal Hidup Diiktiraf
LAMPIRAN F Carta Alir Penarafan Entiti Penyelidikan Pusat Kecemerlangan Penyelidikan
LAMPIRAN G Carta Alir Penarafan Entiti Penyelidikan Pusat Penyelidikan
LAMPIRAN H Carta Alir Penarafan Entiti Penyelidikan Makmal Penyelidikan Diiktiraf

 

Assalammualaikum & salam sejahtera
 
YBhg. Datuk / Prof. / Prof. Madya / Dr. / Tuan / Puan,
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Permohonan Penarafan Entiti Penyelidikan Tahun 2025 telah dibuka. 
 
Tarikh-tarikh penting berkaitan permohonan adalah seperti berikut:
 
Permohonan dihantar oleh FAPI: 1hb Jun - 31hb Julai 2025
Saringan Permohonan: 1hb - 13hb Ogos 2025
Audit Pembuktian Permohonan: 1hb - 26hb Ogos 2025
Mesyuarat Jawatankuasa Penarafan Entiti Penyelidikan (JKPEP) Bil 1/2025: Ogos 2025
Pelaporan JKPEP kepada Jawatankuasa Penyelidikan & Inovasi UMS: September 2025
 
Pihak kami memohon kerjasama dan jasa baik para Dekan / Pengarah / TDPI / TPPI untuk menguar-uarkan perkara ini kepada semua kakitangan akademik di FAPI masing-masing. Bersama-sama ini dilampirkan dokumen-dokumen berkaitan permohonan untuk rujukan. 
 
Semua permohonan hendaklah dihantar melalui emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.y dan disalinkan kepada YBrs. Prof. Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan sebagai pemakluman.
 
Sekiranya terdapat sebarang soalan, sila berhubung terus dengan Encik Mohd. Aminur Faiz bin Suis, Pegawai Penyelidik dari Bahagian Pengurusan Strategik & Kecemerlangan Penyelidikan PPP melalui emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau talian telefon 019-537 2210. 
 
Sekian, terima kasih 

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Kepimpinan dan Pembangunan Bakat (BKePT)

 

 

🔈PROGRAM LATIHAN SEMPENA NATIONAL TRAINING WEEK (NTW) TAHUN 2025 TERBUKA KEPADA WARGA UMS DAN ORANG AWAM SECARA PERCUMA 🔈
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Kepimpinan dan Pembangunan Bakat, Jabatan Pendaftar akan menganjurkan program latihan sempena National Training Week (NTW) tahun 2025 pada ketetapan seperti berikut;
 
🗓️Tarikh : 14 – 21 Jun 2024
🔗Kaedah : Secara fizikal/secara dalam talian
 
Untuk makluman YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan, NTW 2025 ialah minggu latihan dan aktiviti di seluruh negara yang menghimpunkan organisasi serta individu daripada pelbagai latar belakang untuk peluang pembelajaran dan pembangunan bakat. NTW 2025 akan menampilkan program latihan/kursus merentasi pelbagai topik dan bidang kemahiran yang mana ditawarkan SECARA PERCUMA. Program latihan yang ditawarkan terbuka kepada semua warga UMS dan orang awam dengan mensasarkan rakyat Malaysia dari semua peringkat umur dan lapisan masyarakat.
 
📞Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan bolehlah berhubung terus dengan Elly Emylia Binti Burhanudin di alamat e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.📞
 

 

Pengumuman Daripada: Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa (JAKMAS), Kolej Kediaman Luar (Kingfisher & USIA-1Borneo)

 

KKL OPEN DAY’25

Tarikh : 12 Jun hingga 15 Jun 2025 (Khamis Hingga Ahad)
Tempat : Padang kawad & Pusat Islam, Universiti Malaysia Sabah
 
 
Program ini dijalankan bertujuan untuk memperkenalkan Kolej Kediaman Luar dengan lebih dekat terutama kepada pelajar Universiti Malaysia Sabah. Program ini juga merupakan salah satu cara untuk mencapai objektif utama ke arah membentuk slogan “Leading Excellence”
 
Program ini akan menampilkan pelbagai slot-slot kecil yang bertujuan untuk memperkenalkan Kolej Kediaman Luar. Pelbagai aktiviti yang akan diadakan antaranya: 
 
  • Pertandingan KKL Got Your Talent 
  • STEM BRIDGE BUILDING COMPETITION 
  • booth jualan
  • booth derma darah
  • pameran
  • kraftangan
  • slot ceramah keagamaan  
  • Persembahan Demo Taekwondo