Pengumuman Daripada
: Kelab Surirumah dan Staf Wanita Universiti Malaysia Sabah (KESUMBA)
Subjek
: Jemputan Majlis Makan Malam KESUMBA
Pegawai Dihubungi
: Puan Elizabeth Malanjun (016-830 7801) Puan Hayati Salleh Baihaki (014-650 2837) Puan Norazah Hamzah (019-870 1712) Puan Anita Jamo@Rudy (016-776 8285) 
 
JEMPUTAN MAJLIS MAKAN MALAM KESUMBA 
TEMA: FAB & GLAM
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
Kelab Surirumah dan Staf Wanita Universiti Malaysia Sabah (KESUMBA) akan menganjurkan Majlis Makan Malam KESUMBA pada 8 Julai 2017 (Sabtu) di Hotel Ming Garden, Kota Kinabalu bermula jam 6.30 petang.
 
Sehubungan itu, KESUMBA selaku penganjur Majlis Makan Malam ini ingin menjemput semua ahli KESUMBA dan bukan ahli KESUMBA untuk menghadiri majlis makan malam ini. Yuran yang dikenakan adalah sebanyak RM35.00 (Ringgit Malaysia : Tiga Puluh Lima Sahaja) kepada ahli manakala bukan ahli KESUMBA sebanyak RM65.00 (Ringgit Malaysia : Enam Puluh Lima Sahaja).
 
Ahli dan bukan ahli bolehlah membayar ke yuran Majlis Makan Malam ke Akaun KESUMBA : CIMB 8601439537 Reference : Dinner beserta nama ahli/bukan ahli.
 
Ahli yang berminat digalakkan membawa 'exchange gift' berjumlah RM20 keatas (hadiah berupa barangan kegunaan wanita).
 
Tarikh tutup untuk pengesahan kehadiran adalah pada 23 Jun 2017 (Jumaat)
 
Kerjasama YBhg. Prof./ Dr./Puan/Cik mengenai perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
 
Sekian, terima kasih.
'MAJU SEHATI'
 

Pengumuman Daripada
: Pusat Penyelidikan dan Inovasi
Subjek
: Perpindahan Pejabat Pusat Penyelidikan dan Inovasi Ke Bangunan Makmal Bersepadu
Kepada
: Semua Kakitangan UMS
 
YBhg. Datuk / Dato’ / Datin /  Prof.,
Sukacita dimaklumkan bahawa, Pusat Penyelidikan Dan Inovasi (PPI) akan  berpindah dan beroperasi sepenuhnya di pejabat baharu di Bangunan Makmal Bersepadu berkuatkuasa pada 8 Jun 2017 (Khamis).
 
Alamat pejabat baharu adalah seperti berikut:
Pusat Penyelidikan Dan Inovasi,
Universiti Malaysia Sabah,
Jalan UMS,
88400 Kota Kinabalu, Sabah.
 
Tel: 088-320000 (samb. 613810)
Faks: 088-320127
 
Sekian, harap maklum.
 

Pengumuman Daripada
: Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Keusahawanan
Subjek
: Majlis Pelancaran Bazar Ramadhan 2017
Kepada
: Semua Warga UMS
 
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera, 
 
Sukacita dimaklumkan bahawa semua kakitangan dan pelajar Universiti Malaysia Sabah dijemput hadir ke Majlis Pelancaran Bazar Ramadan 2017 yang akan berlangsung seperti ketetapan berikut:
Tarikh            : 08 Jun 2017 (Khamis) 
Masa              : 4.30 Petang 
Tempat           : Padang Kawad, Universiti Malaysia Sabah
 
Bubur pisang akan diedarkan kepada para pengunjung Bazar Ramadan UMS secara percuma. 
Semua dijemput hadir.