Pengumuman Daripada: Fakulti Perhutanan Tropika

 

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,

 

Yang Berbahagia Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan,

 

Dimaklumkan bahawa Fakulti Perhutanan Tropika sedang melaksanakan Kajian Kepuasan Pelanggan Sukuan Ke-4 ( Oktober - Disember 2023) bagi meningkatkan lagi mutu perkhidmatan kami dari semasa ke semasa.

 
Sehubungan itu, mohon jasabaik YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan meluangkan sedikit masa melengkapkan soal selidik kajian kepuasan pelanggan melalui pautan dibawah :
 
1. Pautan Kajian Kepuasan Pelanggan, Fakulti Perhutanan Tropika, UMS : 
 
2. QR Kod Kajian Kepuasan Pelanggan, Fakulti Perhutanan Tropika, UMS
 

Terima kasih berurusan dengan pihak kami dan menjadi responden dalam kajian kepuasan pelanggan ini.

 

Sekian.

 

Pengumuman Daripada: Pejabat Penasihat Undang-Undang

 

TAKLIMAT POLISI PENERIMAAN HADIAH UMS 2023  
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.  
 
2. Sukacita dimaklumkan Pejabat Penasihat Undang-Undang akan mengadakan taklimat berkenaan Polisi Penerimaan Hadiah UMS 2023 pada ketetapan berikut:  
 
Tarikh : 18 Januari 2024 (Khamis)
Masa : 10.00 Pagi
 
3. Sehubungan itu, semua kakitangan UMS dijemput untuk menghadiri taklimat ini.  
 
Kehadiran dan kerjasama daripada YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan amatlah dihargai dan didahului dengan terima kasih.  
 
Sekian.

Link : https://ums-edu-my.webex.com/ums-edu-my/j.php?MTID=m44845f8c2db83b012eb0fafb7a4048da