Pengumuman Daripada: Pusat Islam UMS

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah (UMS) kini membuka peluang kepada warga universiti untuk menyertai program Infak HELWA melalui potongan gaji bulanan.
 
Program ini bertujuan menyokong pelaksanaan pelbagai aktiviti dakwah dan pembangunan ummah yang melibatkan:
✅Majlis Khatam Al-Quran (Ramadan)
✅Usrah Nurani dan kelas mengaji untuk pelajar, kakitangan serta orang awam
✅Bengkel Tajwid dan pembelajaran Al-Quran
✅Pembangunan kemahiran warga UMS
✅Pembelian bahan-bahan seperti Al-Quran, Iqra’, buku Tajwid dan rehal
 
Cara Penyertaan:
Log masuk ke HROnline v4.0
➡ Pilih Menu
➡ Klik Pusat Islam UMS
➡ Pilih Infak
➡ Klik Kelas Mengaji Helwa
 
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada: 
 
📞 Puan Fazelah:016-8655694
📞 Encik Ghazali: 014-9126809
 
#umsshare
#infakhelwa
#umsleadingtowardsinnovativesocieties

 

Pengumuman Daripada: Akademi Seni dan Teknologi Kreatif 

 

 
Bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kami, mohon kerjasama YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan agar dapat mengisi soal selidik Kajian Kepuasan Pelanggan melalui QR Code tersebut. Maklumbalas anda amat kami hargai.
 
Hasil kajian akan digunakan untuk menambah baik perkhidmatan kepada pelanggan pada masa hadapan. Sila imbas kod QR di atas. Terima kasih atas maklum balas anda.
 
Sekian terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Institut Penyelidikan Marin Borneo 

 

 
Institut Penyelidikan Marin Borneo (IPMB), Universiti Malaysia Sabah (UMS) mempelawa mana-mana syarikat yang berminat untuk menjadi pengusaha Inkubator Akuakultur dengan mengemukakan kertas cadangan perniagaan (Business Proposal) mengikut garis panduan seperti lampiran dokumen pada pautan di bawah.
 
Sila kemukakan dokumen-dokumen seperti yang dinyatakan pada pautan Google Drive berikut dan dihantar ke Pejabat Am, Institut Penyelidikan Marin Borneo, Universiti Malaysia Sabah.
 
Tarikh Tutup: 31 Julai 2025 (Khamis), Sebelum Jam 12.00 Tengahari.
 
Pautan Dokumen: