Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan

 

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
 
YBrs. Prof./Dr.,
 
Dengan segala hormatnya announcement bertarikh 11 Julai 2025 adalah dirujuk.
 
2.    Bersama-sama ini dimajukan adalah Takwim SATREPS FY2026 sebagai makluman dan rujukan bagi tindakan selanjutnya oleh YBrs. Prof./Dr.  Sebagai makluman, tempoh penghantaran permohonan kertas cadangan adalah bermula dari 10 Julai sehingga 11 Ogos 2025 untuk penilaian dalaman di peringkat Universiti. Penambahbaikan kertas cadangan hendaklah dihantar ke RMC sebelum atau pada 25 Ogos 2025.
 
3.    Maklumat lanjut boleh diakses melalui pautan https://shorturl.at/ynBwA 
 
Sekian, terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Fakulti Perhutanan Tropika

 

 
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,
 
Yang Berbahagia Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
Dimaklumkan bahawa Fakulti Perhutanan Tropika sedang melaksanakan Kajian Kepuasan Pelanggan bagi meningkatkan lagi mutu perkhidmatan kami dari semasa ke semasa.
 
Sehubungan itu, mohon jasabaik YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan meluangkan sedikit masa melengkapkan soal selidik kajian kepuasan pelanggan melalui pautan di bawah :
 
1. Pautan Kajian Kepuasan Pelanggan, Fakulti Perhutanan Tropika, UMS : 
 
2. QR Kod Kajian Kepuasan Pelanggan, Fakulti Perhutanan Tropika, UMS
 
 
Terima kasih berurusan dengan pihak kami dan menjadi responden dalam kajian kepuasan pelanggan ini.
 
Sekian.
 
 

 

Pengumuman Daripada: Pusat Kelestarian Libatsama Masyarakat

 

Pihak PKLM amat mengalu-alukan komen dan cadangan semua warga UMS dan komuniti mengenai penyampaian perkhidmatan PKLM dengan mengisi KKP yang disediakan di pautan https://bit.ly/KajiankepuasanpelangganPKLM atau imbas kod QR yang disediakan.  
 
Kerjasama YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan amatlah kami harapkan bagi menambah baik mutu perkhidmatan PKLM.  
 
Kesudian YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan untuk mengisi KKP ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan setinggi-tinggi terima kasih.  
 
Sekian.