Pengumuman Daripada: Jabatan Farmasi, Hospital UMS

 

📒 Jom Bawa Buku Kuning (Kad Janji Temu Pesakit NCD) Untuk Keselamatan Ubat Anda
 
Setiap kali ke klinik atau farmasi, jangan lupa bawa Buku Kad Janji Temu Pesakit NCD anda. Buku ini membantu doktor dan ahli farmasi menyemak ubat, dos dan alahan dengan tepat.
🛡️ Kenapa Penting?
✔ Elak ubat berganda
✔ Cegah kesan sampingan
✔ Pastikan rawatan lebih selamat

🟡 Buku Temu Janji Kuning = Keselamatan Anda
Bawa setiap kali berubat.
Kami sedia membantu ❤️
 
 

 

Pengumuman Daripada: Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan

 

Terima kasih kerana berurusan dengan pihak Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (FSMP).
 
Bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kami, mohon kerjasama YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan
agar dapat mengisi soal selidik kajian kepuasan pelanggan melalui pautan di bawah atau imbas kod QR tersebut: 
 
 
Terima kasih 

 

Pengumuman Daripada: Akademi Seni dan Teknologi Kreatif 

 

ASTiF Newsletter 2025: Himpunan Kejayaan, Inspirasi & Impak Global

Tahun 2025 menjadi saksi kepada perjalanan Akademi Seni dan Teknologi Kreatif (ASTiF), Universiti Malaysia Sabah dalam mengangkat seni sebagai bahasa perubahan dan kemanusiaan. Sepanjang tahun ini, ratusan program seni, akademik dan kemasyarakatan telah digerakkan dengan penuh komitmen, menyatukan pelajar, pensyarah, alumni dan rakan industri dalam satu ekosistem kreatif yang hidup dan berdenyut.

Daripada pentas persembahan ke ruang komuniti, daripada bilik kuliah ke arena antarabangsa, warga ASTiF terus melakar kejayaan yang membanggakan. Sebanyak sembilan pengiktirafan di peringkat antarabangsa dan kebangsaan telah diraih, termasuk kemenangan pingat, anugerah kepimpinan serta penghormatan terhadap sumbangan seni dan budaya — sekali gus mengangkat nama ASTiF dan UMS ke persada dunia. Inilah gelombang kecemerlangan ASTiF tahun 2025.

ASTiF Newsletter 2025 ini merakam bukan sekadar pencapaian, tetapi kisah perjuangan, dedikasi dan keberanian untuk bermimpi lebih jauh. Ia mencerminkan ASTiF sebagai sebuah akademi yang membina bakat kreatif, membentuk jati diri, menyemai empati dan melahirkan pemimpin seni masa hadapan.
Inilah wajah ASTiF — seni yang menggerakkan jiwa, menginspirasi perubahan dan membuka laluan ke pentas global.

Imbas QrCode untuk mendapatkan newsletter anda atau klik pautan
https://online.anyflip.com/yyavj/aybt/mobile/index.html

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan

 

[HEBAHAN] PENCALONAN UNTUK KING SALMAN INTERNATIONAL AWARD FOR DISABILITY RESEARCH ANJURAN KING SALMAN CENTER FOR DISABILITY RESEARCH (KSCDR) ARAB SAUDI TAHUN 2026
 
Pusat Pengurusan Penyelidikan UMS ingin memaklumkan bahawa pencalonan King Salman International Award for Disability Research 2026 kini DIBUKA
.
📝 Anugerah ini dianjurkan oleh:
King Salman Center for Disability Research (KSCDR), Arab Saudi
 
Bertujuan mengiktiraf institusi, badan saintifik dan penyelidik individu yang menghasilkan penyelidikan berkualiti serta memberi impak nyata kepada peningkatan kualiti hidup Orang Kurang Upaya (OKU) dan keluarga mereka.
 
📌 Kategori Anugerah
1️⃣ Perubatan dan Kesihatan
2️⃣ Pendidikan dan Psikologi
3️⃣ Rehabilitasi dan Sains Sosial
4️⃣ Penggunaan Teknologi dalam Bidang Ketidakupayaan
5️⃣ Aksesibiliti / Ketersampaian
 
💰 Ganjaran kepada Pemenang:
* Geran kewangan SAR500,000 (± USD133,333)
* Sijil penghargaan
* Pingat anugerah
 
🌐 Maklumat lanjut & pencalonan:
 
🗓 Tarikh tutup permohonan:
📅 31 Mac 2026
 
📢 Pengumuman pemenang:
🗓 Dijangka pada Disember 2026
 
📲 Warga penyelidik yang berminat adalah dialu-alukan untuk membuat pencalonan
 
Sila kongsikan hebahan ini kepada pihak berkaitan.
 
Terima kasih 🙏
 
Seksyen Geran Luar
Pusat Pengurusan Penyelidikan

Halaman 1 dari 2075