Pengumuman Daripada: Pusat Instrumentasi dan Perkhidmatan Sains

 

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,
 
YBhg. Prof. Dr./Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan,
 
PEMAKLUMAN PERKHIDMATAN INSTRUMEN DI PUSAT INSTRUMENTASI DAN PERKHIDMATAN SAINS (PIPS)
 
Sukacita dimaklumkan bahawa poster hebahan berkaitan perkhidmatan instrumen yang disediakan oleh Pusat Instrumentasi dan Perkhidmatan Sains (PIPS), Universiti Malaysia Sabah dilampirkan bersama untuk makluman dan rujukan YBhg. Prof./Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan.
 
Sekian, terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Pusat E-Pembelajaran

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,    
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat e Pembelajaran Universiti Malaysia Sabah (UMS)  , dengan kerjasama Switch (Apple Premium Partner), telah melancarkan microsite khas UMS SWITCH pada 16 April 2025. Inisiatif ini merupakan susulan kepada   pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara UMS dan Switch bagi memperluas akses kepada teknologi pendidikan berkualiti tinggi untuk warga kampus. Inisiatif ini turut mencerminkan komitmen UMS dalam menyokong transformasi digital dalam pengajaran, pembelajaran dan urusan pentadbiran.  
 
 
🔗   Akses microsite di melalui URL berikut :  https://ums.switch.com.my 
 
Apa yang ditawarkan?    
✅   Diskaun eksklusif untuk staf & pelajar UMS  
✅   Akses kepada produk Apple terkini   seperti MacBook, iPad & aksesori  
✅   Jaminan produk tulen   daripada Apple Premium Partner  
✅   Pembelian dalam talian yang selamat & mudah    
 
2.   Microsite ini menyediakan saluran pembelian yang selamat, mudah dan dipercayai untuk mendapatkan produk Apple tulen pada harga istimewa, lebih rendah daripada harga pasaran terbuka.  
 
3.   Sehubungan itu, kami amat menghargai kerjasama tuan/puan untuk menghebahkan maklumat ini kepada pensyarah, kakitangan, dan pelajar di fakulti masing masing agar peluang ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya.  
 
Segala perhatian dan sokongan yang diberikan amat dihargai. Terima kasih.
 

Sekian dan terima kasih. 

 

Pengumuman Daripada: Jabatan Bendahari

 

KLINIK PEROLEHAN JABATAN BENDAHARI
 
Bersama ini dimajukan makluman berkaitan Klinik Perolehan oleh Bahagian Pengurusan Perolehan, Jabatan Bendahari. Pihak JAFPIB dialu-alukan mengisi borang janji temu untuk sesi klinik perolehan pada pautan berikut atau mengimbas kod QR pada poster yang dilampirkan untuk sebarang pertanyaan/isu berkaitan pengurusan perolehan:-
 
 
Sebarang pertanyaan lanjut sila berhubung terus Bahagian Pengurusan Perolehan, Jabatan Bendahari di talian 088-320000 (samb: 200516)/ email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 
Terima kasih
 
Bahagian Pengurusan Perolehan, 
Jabatan Bendahari

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

 

PEMAKLUMAN PEMBAYARAN EMOLUMEN PERGERAKAN GAJI TAHUNAN (PGT) BULAN APRIL 2025
 
Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan pemakluman ini bolehlah menghubungi:
💻📨 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
🌶️📲 088-329 068

 

Pengumuman Daripada: Jabatan Bendahari

 

YBhg. Prof. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan/Cik,
 
Sukacita dimaklumkan bahawa  Jabatan Bendahari, UMS sedang melaksanakan Kajian Kepuasan Pelanggan bagi meningkatkan mutu dan kualiti perkhidmatan Jabatan.
 
Mohon jasa baik YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan/Cik agar dapat meluangkan sedikit masa untuk mengisi soal selidik kajian kepuasan pelanggan melalui pautan https://shorturl.at/D9CMR atau imbas kod QR yang tertera.
 
Maklumbalas daripada semua amat kami hargai.
 
Terima kasih kerana berurusan dengan Jabatan Bendahari.