Pengumuman Daripada: Sektor Governan dan Kawalan, Jabatan Bendahari

 

Salam sejahtera Tuan/Puan,
 
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
2. Bersama ini dilampirkan poster berkaitan Pekeliling Bendahari Bil. 2 Tahun 2025 - Garis Panduan Tuntutan Bayaran Elaun Lebih Masa Bagi Pegawai UMS untuk tujuan hebahan kepada semua PTJ. Pekeliling ini juga boleh dicapai melalui pautan berikut:
 
 
Kerjasama pihak tuan/puan berhubung perkara ini amat di hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian.
 

 

Pengumuman Daripada: Jabatan Pendaftar

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi ingin mempelawa calon-calon daripada Warganegara Malaysia yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan/ Perkhidmatan Awam Negeri/ Badan Berkanun/ Pihak Berkuasa Tempatan yang berkelayakan untuk mengisi dua (2) kekosongan jawatan Ketua Penolong Pengarah Kanan, Gred 13 (Terbuka) dan empat (4) kekosongan jawatan Penolong Pengarah Kanan Gred 10 (Terbuka) di Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi  tempoh dua (2)  tahun.

Sehubungan itu, Jabatan ini mempelawa pegawai-pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 13 dan Gred 10 atau yang setaraf yang berminat dan berkelayakan bagi mengemukakan permohonan untuk disaring dan ditemuduga sebelum dilantik mengisi kekosongan jawatan tersebut. Iklan kekosongan dan borang permohonan boleh diperolehi di pautan https://shorturl.at/E5iMK

Tarikh tutup permohonan adalah sebelum atau pada 25 Julai 2025 (Jumaat).

Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung terus dengan pegawai daripada Seksyen Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi seperti berikut:

 

Encik Abdul Mutalib bin Mohamad

03-8870 6408

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Puan Nurdahliya Haszwani binti Mohd Razali

03-8870 6412

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Perhatian dan kerjasama YBhg. Dato’/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan berhubung perkara ini amat dihargai.

 

Sekian, terima kasih.

 

Seksyen Pengurusan Sumber Manusia

Bahagian Khidmat Pengurusan

Jabatan Pendidikan Tinggi

Kementerian Pendidikan Tinggi

Aras 9, No.2, Menara 2

Jalan P5/6, Presint 5

62200 Putrajaya

 

Announcement From: Centre for Academic and Excellence Development

 

 

CALL FOR PAPERS:4th SEMINAR ON INNOVATIVE LEARNING & TEACHING (SILT 2025)
"Embracing Flexibility in Academia: Shaping the Future of the Academic Landscape"
 
 
Date; 9 October 2025
 
Venue: ✅Online  ✅Physical (UMS) 
 
 
Registrations and Abstract Submission: https://forms.office.com/r/CKZ0BdWtNj
 
Organiser: Centre for Academic and Excellence Development (PPKA) , Universiti Malaysia Sabah
 
Thank you.
 

 

 

Pengumuman Daripada: Pejabat Canselori

 

Bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kami, mohon kerjasama YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan agar dapat mengisi soal selidik Kajian Kepuasan Pelanggan melalui QR Code tersebut. Maklumbalas anda amat kami hargai.
 
Hasil kajian akan digunakan untuk menambah baik perkhidmatan kepada pelanggan pada masa hadapan. Sila imbas kod QR di atas atau melaui Pautan:
 
Terima kasih atas maklum balas anda.
 
Sekian.

 

Pengumuman Daripada: Pejabat Canselori

 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
 
YBhg. Prof. Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan,
 
Sukacitanya dimaklumkan bahawa Program Jerayawara Bertekad Cemerlang Naib Canselor (JBCNC) Universiti Malaysia Sabah Siri 3/2025 (4) akan diadakan pada  ketetapan seperti berikut:
 
Tarikh   : 09 Julai 2025 (Rabu)
Masa     : 9.00 Pagi
Tempat : Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK)
 
Sekian dan terima kasih.