Pengumuman Daripada: Pejabat Penasihat Undang-undang

Pengumuman Daripada: Pejabat Penasihat Undang-undang

Announcement From: UMS Library
Pengumuman Daripada: Perpustakaan UMS
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,
YBrs. Prof. Dr/Prof. Madya Dr/Dr/Tuan/Puan,
TAKLIMAT MENGHADAPI ANCAMAN BINATANG BERBISA DAN HAIWAN LIAR DI TEMPAT KERJA
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perpustakaan akan mengadakan Taklimat Menghadapi Ancaman Binatang Berbisa dan Haiwan Liar di Tempat Kerja pada ketetapan berikut:
Tarikh : 21 Jun 2022 (Selasa)
Masa : 9.00 Pagi
Kaedah : Webex
Penceramah : INSP/PB Rakam Singh A/L Karam Singh
Adalah dimaklumkan bahawa Mata IDP dan SDP akan diberikan. Bersama ini disertakan pautan untuk perhatian dan rujukan tuan/puan. shorturl.at/lpsuJ
Kehadiran dan perhatian YBrs. Prof. Dr/Prof. Madya Dr/Dr/Tuan/Puan mengenai perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.

Pengumuman Daripada: Pusat Kerjaya dan Pembangunan Keusahawanan Pelajar
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,
Maybank Day @UMS Kota Kinabalu ![]()
![]()
![]()
23 & 24 Jun 2022 (Khamis & Jumaat) ![]()
![]()
Maybank bersama Pusat Kerjaya dan Pembangunan Keusahawanan Pelajar (PKPKP) menjemput semua mahasiswa & alumni untuk datang beramai-ramai ke
SLOT 1 - 9.00 pagi : Auditorium, Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi UMS
SLOT 2 - 1.00 petang: Auditorium, Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi UMS
SLOT 3 - 3.00 petang: Pantai ODEC (bas disediakan dari bustop Masjid/KKTM)
*Sila pilih slot melalui borang pendaftaran![]()
Minum pagi dan minum petang disediakan!
Kepada pelajar tahun akhir/alumni UMS yang masih mencari pekerjaan dan penempatan latihan industri, boleh hadir ke
sesi temuduga pada 24 Jun 2022 (Jumaat) di Auditorium, Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi UMS bermula jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang ![]()
APA TUNGGU LAGI?
Daftar sekarang di link berikut;
https://bit.ly/
Link pendaftaran TEMUDUGA; ![]()
https://maybankjobs.typeform.
Ikuti juga Group WhatsApp kami untuk maklumat lanjut; ![]()
https://chat.whatsapp.com/
JUMPA ANDA DI SANA MAHASISWA/I UMS ![]()
Info lanjut: Puan Fatiha - 0164850989

Pengumuman Daripada: Pusat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Sasaran: Kakitangan Pemandu/ Pelajar/ Warga UMS
Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,
Sukacita dimaklumkan bahawa, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dan Pusat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UMS (PKKP) akan menganjurkan:
SEMINAR KESELAMATAN JALAN RAYA TANGGUNGJAWAB SEMUA BERSAMA WARGA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
Program ini akan diadakan pada ketetapan berikut :
Tarikh :29 JUN 2022 (Rabu)
Masa :8.30 Pagi - 1.00 Petang
Tempat :Bilik Seminar 1, Pusat Islam, UMS
Live Streaming Facebook (https://www.facebook.com/UMS.official/)
Untuk sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi:
Puan Ah Lin (019-8714896)
" Safety by Choice , Not by Chance "

![]()
Terma Pengguna | Penafian | Dasar Privasi | Polisi Keselamatan | Dasar Hak Cipta | Paparan Terbaik 1366x768