Pengumuman Daripada: Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi, UMS

 

Pemakluman Berkenaan Jawatankuasa ICT Dan Kategori Bukan ICT Dan Bukan ICT Bagi Tujuan Perolehan ICT (.pdf)

 

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,

 

YBrs. Prof/Dr/Tuan/Puan,

 

Dengan segala hormatnya pihak kami ingin berkongsi maklumat berkenaan Jawatankuasa ICT yang terdapat di UMS dan juga Panduan Kategori Bukan ICT dan Bukan ICT bagi tujuan perolehan ICT.

 

Ingin dimaklumkan terdapat perolehan ICT yang memerlukan kelulusan spesifikasi teknikal sebelum aktiviti perolehan dapat dilaksanakan. Maklumat lanjut boleh diperolehi dari dokumen yang dilampirkan bersama pengumuman ini.

 

Untuk maklumat lanjut, boleh berhubung dengan kami di talian UCS 102646.

 

Sekian, terima kasih.

'

Pengumuman Daripada: Pusat Kerjaya dan Pembangunan Keusahawanan Pelajar, UMS

 

 

Assalamualaikum WBT dan Selamat Pagi

 

YBrs. Prof/Dr/Tuan/Puan

 

Dengan segala hormatnya dijemput hadir ke TAMU UPTOWN@MYRAKYAT, iaitu tamu mingguan anjuran Pusat Kerjaya dan Pembangunan Keusahawanan Pelajar bersama FAMA Negeri Sabah . Masuk adalah secara PERCUMA.

 

🗓 bermula dari 17 Mac 2022 (setiap Khamis)

⏱ 11:00 pagi - 6:00 petang

📌 Anjung Siswa, Universiti Malaysia Sabah

 

hampir 40 vendor menawarkan pelbagai jenis produk dan perkhidmatan:

✅ makanan dan minuman

✅ pakaian dan aksesori

✅ buku

✅ kraftangan

✅ dan banyak lagi

 

ikuti hashtag #TamuUptown dan #KatalogTamuUptown untuk melihat maklumat terkini

 

Jumpa anda di sana nanti.

Jangan lupa Patuhi SOP

 

#TamuUptown #pkpkpUMS #SiswapreneurUMS #UniversitiMalaysiaSabah #MyRakyat #FAMA #UMS