Pegnumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan, UMS

 

 

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,

 

YBhg. Prof. Datuk/Prof./Dr. /Tuan/Puan,

 

Adalah dimaklumkan bahawa, PPP sedang melaksanakan kajian kepuasan pelanggan bagi meningkatkan mutu dan kualiti perkhidmatan.

 

2. Sehubungan dengan itu, mohon jasa baik YBhg. Prof. Datuk/Prof./Dr. /Tuan/Puan untuk mengisi Borang Kajian Kepuasan Pelanggan di pautan berikut:

 

https://tinyurl.com/y74m5efz

 

3. Pandangan YBhg. Prof. Datuk/Prof./Dr. /Tuan/Puan amatlah kami hargai bagi membantu dalam meningkatkan tahap perkhidmatan kami secara berterusan. Pihak kami mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian YBhg. Prof. Datuk/Prof./Dr. /Tuan/Puan dalam mengisi dan menjadi responden kajian kepuasan pelanggan ini.

 

Sekian dan terima kasih.

 

"WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030''

 

Yang ikhlas,

 

PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN (PPP)

 

Pengumuman Daripada: Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan, UMS

 

 

Terima kasih kerana berurusan dengan pihak *Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan* UMS. Bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kami, mohon kerjasama YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan agar dapat mengisi soal selidik kajian kepuasan pelanggan melalui pautan di bawah atau imbas kod QR tersebut:

 

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSecyBWnhY2ZVdGnnUp643SZy0_tF9VmKHgXUH5PIIOZW5tqHA/viewform?usp=pp_url&entry.827648600=FSSK   

 

*Maklumbalas anda amat dihargai bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kami.*

 

Pengumuman Daripada: Institut Penyelidikan Bioteknologi, UMS

 

 

YBhg Prof./Dr./Tuan/Puan,

 

Dengan segala hormatnya Institut Penyelidikan Bioteknologi menjemput YBhg Prof./Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan bersama-sama dalam acara BRI Eminent Speaker Series seperti ketetapan berikut:

 

  Tarikh: 30 Ogos 2021

  Masa: 2.30 petang - 4.00 petang

  Pautan: https://meet.google.com/jwn-gwep-ypg

  Penceramah: Dr. Minami Matsui (Group Director

  RIKEN Center for Sustainable Resource Science, Synthetic Genomics       Research Group)

  Tajuk Ceramah: Biodiversity of Ocean and Land

 

Yuran penyertaan adalah percuma dan mata IDP disediakan

 

Sekian. Terima Kasih.