Pengumuman Daripada: Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, UMS

 

Dimaklumkan Kaunter Perkhidmatan Helpdesk JTMK akan ditutup pada 06 Ogos 2021 (Jumaat) dari jam 2.00 petang hingga jam 5.00 petang bagi kerja-kerja kemaskini operasi Helpdesk. Bagi aduan yang melibatkan penyelenggaraan komputer  dan instalasi perisian akan ditangguhkan sementara waktu dan akan dibuka semula seperti biasa pada 09 Ogos 2021 (Isnin).

 

Manakala bagi perkhidmatan lain ICT beroperasi seperti biasa. Sebarang pertanyaan dan aduan boleh diajukan terus ke WhatsApp di nombor 088-329000.

 

Segala kesulitan ini amatlah dikesali. Sekian dan terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Islam, UMS

 

JEMPUTAN KE MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1443H/2021M UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah akan mengadakan Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat UMS 1443H/2021M seperti ketetapan berikut:

 

                  Tarikh         : 9 Ogos 2021 (Isnin)/1 Muharram 1443H

 

                   Masa           : 6.50 – 8.15 Petang

 

                   Tempat       : Secara Dalam Talian (https://ums-edu-my.webex.com/join/PusatIslamUMS)

 

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami dengan segala hormatnya menjemput YBrs. Prof. /Dr. /Tuan /Puan menyertai majlis tersebut. Bersama-sama dengan surat ini disertakan tentatif majlis untuk rujukan YBrs. Prof. /Dr. /Tuan /Puan.

 

Kerjasama YBrs. Prof. /Dr. /Tuan /Puan dalam perkara ini, terlebih dahulu diucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih.

Sekian.

 

 

 

 

Pengumuman Daripada: U-Science UMS

 

 

In collaboration of U-Science UMS, Faculty of Food Science and Nutrition

 

Prof/Dr/Sir/Madam/Ms are invited to join our STEM Speaker Series as listed in the attached poster via Youtube Live platform (Channel : Pusat UScience UMS).

 

E-certificate, IDP/ SDP will be provided to all participants.

 

Thank you.

 

Pengumuman Daripada: Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan, UMS

 

Warga Kampus yang dihormati sekalian, JPP perlu membuat penutupan bekalan elektrik seperti butiran berikut:

 

 

Tarikh: 8hb Ogos 2021 (SABTU)

 

Anggaran Tempoh: 5 jam (9:00 pagi- 2:00 petang)

 

Tujuan: Melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan di Pencawang Masuk Utama UMS.

 

Lokasi yang telibat: Kolej Kediaman Tun Pengiran Ahmad Raffae (Kampung E), Bangunan Pascasiswazah, Bangunan DKP Baharu (DKP2) dan Bangunan Bahagian Perkhidmatan Akademik (BPA).

 

 

Sekiranya terdapat sebarang halangan bagi meneruskan kerja di atas, pihak tuan/puan boleh menghubungi Jurutera Elekrik Kanan, Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan (Puan Nurul Ain Binti Abdullah -013-8791017).

 

 

JPP amat menghargai kesabaran anda dan segala kesulitan amatlah dikesali.