Pengumuman Daripada: Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Covid-19 UMS

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan menjadi salah satu daripada Pusat Pemberian Vaksin di negeri ini. Sehubungan itu, semua kakitangan UMS perlu menjawab beberapa soalan ringkas berkaitan Vaksin Covid-19 ini sebelum dibolehkan untuk ‘clock in’ pada 1 April 2021 ini. Sesiapa yang bercuti pada hari tersebut diminta untuk berhubung dengan pihak UMS Shields di talian 0199733814.

 

Perhatian dan kerjasama YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. 

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Data dan Maklumat, UMS

 

Membuat Naik Taraf (Updating) Apps Smart-Hadir Versi 1.1.16 Bagi Pengguna Telefon Pintar Jenama Apple iPhone (iOS) (.pdf)

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

Sukacita dimaklumkan Apps Smart-Hadir (IOS) telah dinaik taraf ke versi 1.1.16 yang akan mengatasi masalah scan kod QR pada versi yang sebelum ini.

 

Sehubungan dengan itu, dimohon pengguna telefon pintar jenama Apple IPhone untuk membuat naik taraf versi Apps Smart-Hadir seperti berikut.

 

1. Membuka aplikasi App Store di IPhone dan masukkan kata “Smart-Hadir” di ruangan carian.

 

2. Menekan butang UPDATE untuk menaik taraf Apps Smart-Hadir ke versi 1.1.6 (mohon restart telefon pintar jika butang UPDATE tidak ada).

 

3. Selepas selesai menaik taraf App Smart-Hadir, sekarang anda boleh scan kod QR seperti biasa.

 

Sebarang pertanyaan berkenaan perkara ini bolehlah terus merujuk kepada Encik Malai Sairul Malai Hassan sambungan (601594) dan Encik Ag. Azihar Ag. Tangah sambungan (601927).

 

Perhatian dan Kerjasama YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

 

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Pentadbiran dan Governan, Jabatan Pendaftar, UMS

 

Pembukaan Permohonan Tuntutan Bayaran Balik Belian Kasut Pakaian Seragam Bagi Tahun 2021 (.pdf)

 

 

PEMBUKAAN PERMOHONAN TUNTUTAN BAYARAN BALIK BELIAN KASUT PAKAIAN SERAGAM BAGI TAHUN 2021

 

Dengan hormatnya, saya merujuk kepada pekara yang dinyatakan di atas.

 

2. Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan tuntutan bayaran balik belian kasut pakaian seragam kini dibuka kepada kakitangan tuan/puan yang layak menerima kemudahan tersebut seperti mana yang dinyatakan dalam Garis Panduan Kemudahan Pakaian Seragam Universiti Malaysia Sabah (Pindaan 2018). Permohonan tersebut boleh dibuat menggunakan borang permohonan yang boleh dimuat turun daripada laman web rasmi Jabatan Pendaftar        menerusi pautan http://www.ums.edu.my/pendaftar/v3/index.php/en/download/forms.

 

3. Sehubungan itu, kakitangan sokongan 1 dan 2 yang layak menerima kemudahan bekalan kasut dibenarkan untuk membeli kasut yang memenuhi spesifikasi [7.2.1 (b) Kaedah Pembekalan Kasut] dan seterusnya membuat tuntutan bayaran balik tertakluk kepada kadar seperti di dalam garis panduan Kemudahan Pakaian Seragam UMS https://ums.edu.my/pendaftar/v4/images/Pekeliling/2014/Pekeliling_Pendaftar_Bil_6_Tahun_2014.pdf.

 

4.         Oleh yang demikian, tarikh akhir mengemukakan permohonan tuntutan adalah pada 31 Mei 2021 (Isnin) dan permohonan tuntutan yang dikemukakan kepada pihak kami selepas tarikh tersebut tidak akan diproses. Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini sila berhubung dengan En. Mohd Khairuddin Ahmad, Penolong Pendaftar Kanan, Bahagian Pentadbiran dan Governan, Jabatan Pendaftar di sambungan. 102477 atau Pn. Ryna May Yami, Pembantu Tadbir (P/O) di samb. 102544.

 

Perhatian dan kerjasama tuan/puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan saya dahului dengan ucapan terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan EcoCampus, UMS

 

 

Pledge to Switch Off ?

 
Hey UMSians! In support of environmental conservation, our university has registered to join the 'Earth Hour 2021 #Connect2Earth Pledge for Nature' Nationwide Contest by WWF-Malaysia.
 
For your information, Earth Hour of this year will be held on 27th March (Saturday) with symbolic action of switching off the lights at 8.30 pm for an hour. Please pledge to join this phenomenal act to show support towards efforts and concerns on our nature. ?
 
The pledge contest period is 1st February - 22nd April. Please follow the steps to pledge:
1️⃣   Click the link wwf.org.my/pledge
2️⃣   Fill up the form and put ' UMS ' in the Company/Educational Institution field.
3️⃣   Share the pledge among our community.
 
A small act can make an influencial change. Thank you for caring about nature. ??
 
#EarthHour
#Connect2Earth
#wwfmy
 
 
 
Like us on Instagram ?
 
Like us on Facebook ??