Pengumuman Daripada: Pusat Islam, UMS

 

Merujuk kepada Surat Pihak JHEAINS  (BIL.JHEAINS:BPWD:100-4 KLT 12 (81), yang bertarikh pada 10 FEBUARI 2021 / 28 JAMADILAKHIR 1442H, adalah dengan ini dimaklumkan bahawa pihak Pusat Islam, akan membuka semula ruang solat bagi solat  Jumaat seperti ketetapan berikut;

*TARIKH MULA : 19 FEBUARI 2021 (JUMAAT)*

*KAPASITI JEMAAH : 45 ORANG SAHAJA*

 

Sehubungan itu, para kakitangan / warga kampus / jemaah dipohon agar dapat mematuhi segala SOP yang telah ditetapkan oleh pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), seperti berikut;

*1. Para Jemaah hendaklah membawa  sejadah/tikar solat masing-masing*

*2. Para Jemaah dikehendaki memakai PELITUP MUKA (Face Mask) sepanjang berada dalam Dewan solat*

*3. Para Jemaah tidak dibenarkan bersalaman di antara satu sama lain*

*Kehadiran adalah diutamakan kepada mereka yang datang awal ke Dewan Solat Jumaat*

 

 Sila berhubung dengan pihak Urusetia kami di  talian 0105063481 (Ustaz Yusri Sumin) 019-8528404 (Ustaz Mahmud Mahanis).

 

Segala Kesulitan berhubung perkara ini adalah amat dikesali.

Harap Maklum,

 

Sekian dan terima kasih

 

Pengarah,

Pusat Islam UMS (PIUMS)

 

Pengumuman Daripada: Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Subjek: Kerja-Kerja Pengujian Talian Internet Bagi Kampus Induk dan Fakulti Pertanian Lestari, Sandakan

 

Dimaklumkan bahawa pihak JTMK akan menjalankan kerja-kerja pengujian talian internet bersama ISP yang dilantik pada ketetapan berikut:

 

Tarikh              : 19 Februari 2021 (Jumaat)

Masa                : 6.00 petang hingga 8.00 malam

Lokasi terlibat : 1. UMS Kampus Induk (5Gbps)               

                          2. Fakulti Pertanian Lestari, Sandakan (1Gbps)

 

Sepanjang tempoh kerja-kerja pengujian dijalankan, pengguna perkhidmatan rangkaian bagi Fakulti Pertanian Lestari, Sandakan akan mengalami gangguan capaian internet dan tiada gangguan capaian internet bagi UMS Kampus Induk yang akan menggunakan talian internet MYREN sedia ada.

 

Segala kesulitan amatlah dikesali.

 

Pengumuman Daripada: Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

 

Tarikh: 17 Februari 2021 (Rabu) - 19 Februari 2021 (Jumaat)

 

Masa: Bermula 9.00 pagi

 

Sepanjang tempoh kerja-kerja penyelenggaraan ini, perkhidmatan Sistem UMSIR akan mengalami gangguan.

 

Segala kesulitan amatlah dikesali.

 

Sekian Terima kasih.